Monday, December 12, 2011

Muhasabah selepas pernikahan

Sudah lama sy tidak post apa2 entry. Hari ini dtg semangat baru selepas 23 hari mengikat perjanjian yang berat bersama suami. Kami terfikir untuk mencoret nasihat tentang pernikahan yang boleh dimanfaatkan semua terutama ikhwah & akhwat. Firstly, saya repost kembali entry bedah buku Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul yang pernah baca setahun yang lalu. Dahulu saya bercakap atas kapasiti orang yang tahu tp belum beramal. 24 ZUHIJJAH 1432H yg lalu sy bakal mengotakan apa yang sy tahu.

Assalamualaikum wbt

Ramai masyarakat yang mengadu perkahwinan mereka tidak bahagia. Ada di kalangan mereka yang konflik dengan pasangan sejak hari awal pernikahan seperti merajuk kerana urusan teknikal seperti rombongan pengantin lambat sampai. Sesetengah mengadu apabila suami tidak mempedulikan hak batin walhal ‘perkara’ itu yang selalu menjadi tumpuan perbualan dan usikan sebelum berkahwin. Nauzaubillah. Hairan juga melihat pasangan yang bertelagah sebelum memasuki gerbang perkahwinan dan seterusnya mahligai yang dibina semakin berantakan kerana virus tiada persefahaman semakin merebak. Natijahnya perkahwinan yang baru setahun jagung, berkecai akhirnya lantaran keluar suatu lafaz amat dibenci Rasulullah dan membuatkan arasy bergegar iaitu cerai. Mengapa ini terjadi?

Oleh itu, bagi yang belum berkahwin, jangan cemari gerbang cinta yang dibina dengan melakukan maksiat sebelum berkahwin. Jangan merendahkan martabat diri menagih cinta yang tidak kekal dan jangan meletakan harga cinta kita dengan murah hingga sanggup terjebak dengan cinta sebelum kahwin. Yakinlah, nama si dia sudah tercatat di lauhmahfuz namun peribadinya dicorakkan oleh peribadi kita. Kesolehannya dicorakkan oleh kesolehan kita. Benarlah kata-kata Allah dalam surah an-Nur, ayat 26, ‘perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, laki-laki yang keji unuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-peempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)’

Bahaya cinta sebelum kahwin
1.Pasti diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu
2.Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNya
3.Hati akan tersiksa dengan barah rindu
4.Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan
5.Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri dengan keperluan dunia dan akhirat
6.Aku boleh jadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta
7.Fitnah cinta adalah racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan
8.Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang terbaik dan sebaliknya untuk diriku
9.Jika aku berjaya melangkah ke alam rumah tangga maka cinta kami terbina atas dasar maksiat yang pastinya mengundang padah kepada peribadi zuriat peribadi kami pastinya.

erm...jd skrg masa untuk BERCINTA HINGGA KE SYURGA

1 comment: