Monday, February 20, 2012

Pabila aksaraku tumpah

Kulihat ke arah sana
Serakan warna hitam dan berarakan
Hujan
Segera turun melimpahkan kasih Tuhannya
Namun hujan yang turun tika ini
Membuat diri menjeruk rasa,
Cuba ku tahan namun
Termuntah jua tanpa dipinta.
Air mataku mengalir seiring derasnya hujan
Makin ku layan perasaan ini
Esak tangis sudah kedengaran seiring esakan guruh di langit
Anak sulung yang degil ini kalah juga dengan hujan



Tunggangan merah kelisa ku
Kini gering di bengkel kereta
Membuat aku kesepian
Tiada siapa yang menemani permusafiran dakwahku ini
Saban minggu permusafiranku ke usrah dan program dakwah
Dengan motor yang lima kali ganda dari kudratku
Sangat menguras tenaga perempuan
Motor yang terpaksa ku tuntun ke jeti
Masuk bot di Jeti Sungai Bernam
Kisah bot yang mengundang antara percaya atau tidak akhwat
Tatkala mendengar nukilanku
Layaknya ceritaku seperti utopia
Buat gula-gula untuk mengumpan tidur anak-anak
Fikir mereka


Ku sangka segalanya tiada susah,
Namun, air yang melimpah naik
Buat aku tidak yakin
Untuk menaikkan tunggangan ini
Ku pujuk hatiku,
Kupujuk untuk berpatah balik
Mengikut jalan jauh
Melalui pekan Sabak Bernam
Namun guruh berdentum kuat
Memuntahkan seluruh tangisannya
Lebih kuat daripada tadi
Hingga terpaksa
Mengheret tayar motorsikal ini
Di rumah Allah
Aku sekadar duduk basah kuyup
Dengan kesejukan di wakaf masjid

Hatiku pilu,
Jiwaku kosong tatkala
Aku lemparkan pandanganku jauh-jauh
Di jalan raya
Cuba kupujuk lagi hatiku
Malu jika air mata ini tumpah lagi,

Aku mahu katakan
Pada abang
Segalanya menuntut mujahadah,
demi kehidupan yang bahagia..
hidup berkelana tidak berteman,
ku kata pada diriku,
janganlah bersedih, tuhan bersamamu,
namun fitrah ciptaanNYA,
insan memerlukan teman..
Allah, engkau menjadi saksi,
Aku merindui teman,
Yang telah engkau anugerahi,
Untuk diriku menerus juang.

Aku muhasabah panjang
Sabda Rasulullah
“Sesungguhnya perjalanan umatku adalah jihad di jalan Allah”
Jihad adalah perjalanan hidupku yang paling menyenangkan
Jihad adalah hobi dan kesukaan yang sentiasa kutekuni
Jihad tidak ku pandang sebagai beban kesulitan
Tapi sebagai keperluan dan ketenangan
Inilah sumbangsihku untuk kehidupan akhirku
Perbekalan yang ku kutip dari fartamorgana

Pertolongan Allah padaku tak pernah kunjung surut
Jauh lebih banyak daripada kegagalan dan cobaan yang kualami
Membuat aku malu sendiri
Malu kerana aku sering merungut
Dia memelihara imanku
Aku diberi peluang bergabung dengan jemaah
Sedar tentang keutamaan amal jama’i
Aku diberikan pelbagai kemudahan menyebarkan dakwah
Bapa membelikan aku tunggangan merah kelisa
Tanpa perlu aku perlu membuat loan
Membeli buraq bagus untuk tunggangan seperti teman lain
Aku tak mahu seperti penyoal Tuhan dalam al-Baqarah, ayat 214
Sangat tegar bertanya
“bilakah datangnya pertolongan Allah?”
Kemudian ditempelak kembali oleh Tuhan
Ingatlah pertolongan Allah itu amat dekat
Ujianku sangat sepele
Baru tunggangan merah kelisaku gering
Hampir lumpuh kurasa langkahku
Ah, manjanya aku

Sesungguhnya manusia seumpama seekor dalam seratus ekor unta,
Hampir-hampir tiada pada unta yang mampu membawa barang dagangan
Aku mahu jadi unta ini
Aku mahu jadi orang yang sentiasa meningkatkan kontribusi
Demi mencari redho Illahi
Aku sungguh mahu jadi batu-bata yang baik dalam bangunan ini
Aku tidak mahu menjadi akhwat yang manja


Kenapa aku perlu setekad ini
Kenapa aku perlu seteguh karang di lautan
Tarbiyah adalah ruh energi ku
Darah dari gerakan ku
Tarbiyah adalah cahaya atas cahaya
Kekuatan atas kekuatan
Andai ku tolak tarbiyah menjadi kegiatan sekunder
Maka saat itu juga dakwah kehilangan kekuatan
Ini juga wasiat dari pemikir dakwah yang kupegang kemas
Wasiat daripada Hassan Al-Banna, Hassan Hudaibi, Umar Tilmisani,
Mustafa Masyhur, Abdullah Nasih Ulwan,
Fathi Yakan, Syeikh Yasin, Abdullah Azzam dan Yusuf Qardawi


‘Kami tidak mengharapkan sesuatu dari manusia,
Tidak mengharap harta benda atau imbalan yang lainnya,
Tidak juga populariti,
Apa lagi sekadar ucapan terima kasih,
Yang kami harap hanyalah pahala dari Allah,
Dzat yang telah menciptakan kami’
Itulah titipan dari as-syahid Hassan Al-Banna
Kata-kata yang sangat inspiratif


Namun Abang,
Biar sekuat mana kutahan gelojak ini,
Bila rindu meniup jiwa,
Tatkala wajahmu menyapa lamunan,
Bergetarlah rasa, terpantullah nama,
Mengharap hadir di mimpi indah,
Memaut tangan berjalan seiring.
Apalah kabarmu disana,
Jasad yang berkelana, hati bagai tertinggal,
Pedih menanggung rindu,
Berkahwin dan berjauhan,
Menyanggah fitrah berteduh bersama..
Kurasa semua jam yang ada,
Bagai rosak dan kehabisan bateri,
Sehingga kurasa sesaat bagaikan setahun,
Tanpamu disisi,

Namun abang,
Senyummu buatku ceria,
Memuji yang maha Mencipta,
Kerana dikurniakan dirimu,
Menemani hambaNYA ini..
Dikau insan mulia dan penyayang,
Aku mencintaimu sepenuh jiwaku..
Tangis dan tawa kita bersama,
Berpimpin tangan menuju redha,
Walau dipisah ribuan batu namun jiwa,
Kekal bersama
Menyintaimu hingga hujung nyawa
Sepenuh jiwa dan ragaku

Abang
Maafkan aku
Ku sedar hingga hari ini
Aku masih belum menjadi suri dan sahabat yang baik
Untukmu
Betapa ikhlas abang mendampingiku
Betapa lapang hatimu melepaskan aku menyertai program dakwah
Betapa sedikit yang kuperbuat untukmu
Maafkan aku abang



Tuhan seolah mengerti
Hujan semakin menyurut
Gerak hatiku laju
Memacu deruan motorsikal
Untuk kembali ke jeti
Alhamdulillah
Ketidakyakinan kutongkah juga
Motor ini dapat juga masuk ke dalam perut bot
Rasanya kekuatan Tuhan yang mencipta kesudahan ini
Paling gembira apabila Tuhan menghiburkan aku
Dengan persembahan di langit
Ku pandang langit yang indah
Dan ku lihat pelangi selepas hujan
Ini bukan kali pertama aku melihat pelangi
Tetapi entah mengapa
Pelangi ini sangat menghiburkan aku
Aku senyum panjang hingga sampai ke rumah
Aku dongakkan kepala
Dan ku rasa pelangi masih senyum padaku
Oh, tidak tergambar perasaanku
Indahnya penyudah ceritaku
Tuhan, mulai sekarang aku tidak pernah peduli apa pun
Asal Kau redho padaku



Ku yakini
Ya Allah, Ya Rabb kami
Jadikan apa yang aku lakukan ini sebagai
Penebus dosa-dosaku
Dan menjadi pemberat timbangan amal salehku di Hari Akhir
Amiin ya Rabb

Sunday, January 29, 2012

14X GANDA PENAT

“ Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu ” (2:216)


PERJALANAN YANG MELELAHKAN

Tuttt!! Tutt! Pantas ku capai telefon dan membuka mesej yang baru masuk. Tadi sibuk di dapur menyediakan lauk makan tengah hari yang sengaja disediakan awal.

(Assalamualaikum sayang, abang tak sihat arini. Rehat kat rumah) 27/01/2012 11:23am

Gulp!

Aku periksa senarai panggilan masuk.
Empat missed call. Kebetulan panggilan masuk sekali lagi. Suami menelefon dan memaklumkan yang dia tidak sihat dan tidak pergi kerja pada hari tersebut. Panggilan dari Darul Ikhwah di buat dari ruang tamu. Terbaring sendiri tanpa ikhwah menemani kerana masing-masing bekerja. Kedengaran suara lemahnya yang membuatku tumpang empati. Sakit gusi tiga hari yang lalu melarat kembali. Tidak berdaya untuk melangkah ke masjid menunaikan solat jumaat.

Selesai perbualan ringkas sebelum tengah hari, aku bungkam sendiri. Memikirkan kewajaran untuk menjenguknya di Bangi. Teringat pada pesanan murobbiyah semalam. Ceramah MSIB pada 28/01/2012 (esok) pukul 9-11malam di Dewan AIM. Kebetulan mabit bulanan akan diadakan sekali. Otakku pusing memikir yang mana lebih prioriti. Dakwah vs suami? Suami tidak memaksa aku berada di sisi. Tambahan pula keretaku break down membuatkan langkahku bulan ini agak terbatas. Mungkin berlarutan sepanjang sebulan. Namun, memikirkan semasak-masaknya,aku memaklumkan murabbiyah kondisiku. Aku minta pendapat daripada ibuku juga. Masing-masing tidak menegah dan menyerahkan keputusan di tanganku. Harap pilihanku betul dan harap ini kali terakhir aku terpaksa membelakangkan mabit.

Selesai mengalas perutku yang menyanyikan lagu keroncong, pastas aku membersihkan diri. Memandangkan waktu solat Zuhor sudah kunjung tiba, aku pun solat seperti biasa dan tidak seperti kebiasaan tatkala musafir aku mengimpunkan solat. Harap Allah mudahkan urusan aku untuk menunaikan solat Asar nanti. Dalam pacuan empat roda Ford Ranger yang dipandu ibu, otakku ligat berfikir kemungkinan tiket bas ke Kuala Lumpur habis. Jika tiket habis, pasti aku terpaksa mengambil bas lompat. Itu yang paling melelahkan dan antara perkara yang aku tidak suka dalam hidup. Menaiki pengangkutan awam. Zaman susah kembali bermula. Mungkin tarbiyah langsung dari Allah untuk aku yang selalu enak diulit kesenangan tatkala sudah berkerjaya. Sesakali, perlu susah untuk muhasabah diri. Aku bersangka baik dan redha andai Allah takdirkan perjalananku menaiki bas lompat.

Aku sampai pukul 2.00 pm. Kaunter tiket maklumkan tiket paling awal pukul 3.45pm. Aku nekad menyambar tiket tersebut. Ibu dan adikku tidak dapat menunggu kerana ada urusan lain menanti di Tanjung Karang. Aku buat keputusan untuk tidak memaklumkan keberangkatanku petang itu kepada suami. Sekadar kejutan untuk menambah rencah dalam kehidupan berumahtangga. Dia juga sudah maklumkan tidak ke mana-mana memandangkan esok (Sabtu) dia bekerja. Sambil menunggu, aku habiskan masa menyelak helai demi helai majalah Seri Dewi Keluarga yang kupinjam dari ibu. Jika aku ke mana-mana, pasti koleksi bahan bacaan akan ku bawa bersama. Jika, ada hal yang tidak terduga seperti hari ini, sekurang-kurangnya tidak terbazir masaku dengan hanya sekadar duduk melangut.


Perjalananku dengan bas berjalan lancar. Bas yang banyak berkhidmat kepadaku sejak aku berada di bangku sekolah. Walau mungkin , basnya kini tidak seperti dulu namun konsortium yang mengurus bas ini tetap sama. Dahulu, setiap kali mahu pulang ke asrama, aku paling banyak mengeluh. Terpaksa menaiki bas tanpa aircond hingga terpaksa buka laluan kecemasan atas bumbung untuk memastikan pengudaraan berada dalam keadaan baik. Bas yang beroperasi tanpa langsir hingga menyebabkan panahan metahari menggangu tidurku dan suasana hangat sangat melemaskan. Namun, sekarang aku sedikit puas hati sebab keadaan jauh berubah. Cuma sesekali aku rasa mual. Fenomena biasa apabila terpaksa melalui jalan bengkang-bengkok merentas bukit antara Kuala Selangor-Ijok. Risau juga sebarang kemungkinan kalau tidak maklumkan pada suami. Aku pun mesej untuk memastikan suami di Bangi.

(Assalamualaikum abang. Lupa nak cakap. Td kirim hadiah abang. Kalau abang free, nanti lepas ambil hadiah tu kat komuter UKM. Kt kirim kat akhwat. Kalau hadiah dah sampai, kt call abang. Sayang abang sangat) 27/01/2012 05:05pm. Baik baik sayang. Ringkas sahaja responnya.

Aku buat keputusan untuk berhenti di Kepong Sentral. Dari kepong Sentral, aku menaiki komuter ke UKM Bangi. Alhamdulillah. Allah mudahkan urusanku menunaikan solat Asar di surau yang disediakan. Bimbang juga andai aku terlepas tren. Namun, aku tawakal memandangkan aku tiada urusan segera. Selesai solat Asar, tanpa perlu terkocoh-kooh memakai stokin aku dapat menaiki tren yang tiba sejurus aku melangkah keluar dari surau. Perjalanan lancar dan Alhamdulillah, aku dapat duduk dengan selesa dalam koc yang dikhaskan untuk penumpang wanita. Rasa sangat selamat dan bersyukur atas penghargaan ini. Koc merah jambu untuk wanita. Sangat comel.


(Assalamualaikum abang. Dah solat maghrib? Kalau dah solat jangan biar akhwat tunggu lama-lama ye. Akhwat dah sampai. Harap hadiah itu boleh jadi ubat. Salam kejauhan, sayang abang sangat) 27/01/2012 07:26pm. Aku menghantar pesanan ringkas apabila komuter yang kunaiki melepasi Kajang. Seperti biasa, responnya ringkas (Baik baik sayang)

Tidak sabar melihat respon tatkala melihat kelibatku. Nampak teruja. Namun pelik juga, kerana pakaian kerjanya sudah siap bersangkut pada penyangkut baju dan ada hadiah comel. Rasanya ibu yang risaukan aku, pasti sudah membocorkan rahsia keberangkatanku. Sedikit kecewa apabila telahanku mengena. Ibu memang sudah memaklumkan awal. Suamiku memang pandai berlakon. Namun hadiah soft toy comel berwarna hijau mengubat kecewa.


Sejurus sampai, kami ke klinik gigi. Dua buah klinik yang dikunjungi sebelum ini adalah klinik biasa. Harapan, mungkin klinik gigi akan bagi rawatan pencerahan bagi penyakit yang masih tidak kebah. Namun, ubat yang diberi persis seperti ubat daripada dua klinik sebelum ini.

Esok pagi, suhu badan suami naik dan tiada daya untuk pergi kerja. Oleh itu, mahu tidak mahu, kami terpaksa pergi ke klinik dengan objektif untuk mendapatkan MC. Namun, menjelang petang, baru kami berangkat memandangkan demam baru kebah. Pergi ke klinik. Diagnosa awal doktor mungkin asma, bronchitis atau pneumonia. Alhamdulillah, dapat MC. Kasihan apabila suami terpaksa diberi bekalan oksigen. Pertama kali seumur hidup katanya. Nasihat doktor supaya elakkan aircond, makanan yang menyebabkan gatal dan keradangan pada organ pernafasan (resdung), dan jangan minum ais.


Hari ahad, aku berangkat pulang.

Seperti biasa menaiki pengangkutan awam. Namun kali ini perjalanan yang sangat melelahkan sehingga aku jadi serik untuk menaiki pengangkutan awam. Satu jam perjalanan menaiki komuter dari UKM ke Kepong Sentral. Satu jam menunggu bas merah ke Kuala Selangor. Satu jam perjalanan menaiki bas dari Kepong Sentral ke Kuala Selangor. Paling haru apabila aku terpaksa melayan lagu tamil yang membuat kepalaku pusing, ditambah dengan jalan bengkang-bengkok dan asap rokok yang dilepaskan oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab. Asap rokok dalam bas yang ber’aircond’. Sangat sadis. Turun sahaja daripada bas, lututku rasa longgar dan badan menggeletar memijak bumi Stesen Bas Melawati, Kuala Selangor. Lapar. Pagi tadi, aku hanya menjamah sekeping roti canai.

Namun, lebih berpinar mataku dan tubuhku rasa nak melayang apabila pemandu teksi di situ memaklumkan bahawa bas ke Sabak Bernam sudah tidak beroperasi sejak lapan bulan yang lalu. Pakcik pemandu sibuk melobi aku supaya menaiki teksinya dengan tambang RM80.00. Aku melopong mendengar harga tersebut. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menelefon ibu dan meminta ibu menjemputku. Satu jam setengah masa ku habis menunggu ibu. Hingga aku berhasil menyelesaikan 6 muka surat soduku puzzle.


Ibu tiba dan aku menginjakkan kaki di muka pintu rumah pada pukul 5.00 petang. Tidak terjangkau akalku perjalanan dari Bangi pada pukul 11 pagi berakhir pada pukul 5.00 petang. Lebih kurang perjalanan andai aku pulang ke Pendang, Kedah. Rumah mertuaku. Namun, mengenangkan suami aku tulus dan ikhlaskan hati sahaja semua kepenatan ini.

Malam.

Aku mengemaskini status laman social Facebook. Terbaca satu status kenalan suami.
Having ABC special — with Mior Anas Bin Mohamed at Ramal Junction Food Court.
Erk…tiba-tiba 14kali ganda rasa lelah dan kepenatan yang baru hendak hilang tadi.
Huhu…Sabar je le

Wednesday, January 25, 2012

Musafir cinta last episode: Kayuhan Silaturrahim

Dari Aisyah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada arsy, ia berkata: Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya.(Shahih Muslim No.4635)



Alhamdulillah, genap dua bulan empat hari setelah menikah, lengkaplah misi ziarah Musafir Cinta kami yang entah tidak terhitung edisi kali keberapa. Sebelum menikah tidak pernah terlintas di kotak fikiranku ini akan menjadi satu agenda wajib pasangan yang sudah melangkah ke alam rumah tangga. Apatah lagi, sebelum ini aku selalu membawa haluan hidupku sendiri. Hanya sekadar menjaga wasilah-wasilah pokok seperti kerja, belajar dan dakwah untuk mencapai matlamat akhir hidupku. Ilamardhotillah. Tampak betapa aku sangat mementingkan diri lantaran menjaga hubungan dengan Tuhan semata tetapi alpa dengan tanggungjawabku kepada sesama manusia apatah lagi kaum kerabat sendiri. Dahulu, aku tidak peduli perkembangan dan jarang mengemaskini lipatan status cerita hidup kaum kerabatku. Namun, suami selalu mengingatkan dan mengajak diriku merenung kekuatan sebuah kalimah 'silaturrahim' yang berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud ikatan kasih(perhubungan). Dia yang selalu mengajak aku mendalami maksud yang tersirat disebalik perkataan mulia ini.

Suatu petang

Sepasang suami isteri yang sedang menaiki kenderaan Proton Savy KCS (Kedah Cinta Selangor) 1234 terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Utara Selatan sebaik sahaja mula memasuki tol Bukit Merah. Mereka baru sahaja selesai menziarahi kenalan yang melangsungkan walimah di Batu Kurau, Perak.

Qurratul ‘Ain mengeluh berat. Keadaan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dari arah utara menghala Selatan dan arah selatan ke Kuala Lumpur mengalami kesesakan teruk berikutan ribuan warga kota mula kembali ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baru Cina. Dia sebenarnya sudah maklum tentang itu, tetapi perjalanan melalui jalan biasa jauh melelahkan. Suami tercinta, Muadz hanya bungkam seribu bahasa. Melayan perasaan sendiri dan fokus pada pemanduan. Kalau tidak peka, mungkin dia akan melanggar belakang kenderaan hadapan yang asyik menekan pedal brek. ‘Ain langsung mencapai telefon bimbit dan memainkan skrin sesentuh telefon suaminya. Sekadar melepaskan perasaan bosan dan rasa jengkel. Tertarik dengan ikon burung merah pada skrin sesentuh tersebut. Angy Bird, cukup menggambarkan rasa jengkelnya dengan keadaan trafik yang bergerak cukup perlahan. Habis asam yang dibeli sewaktu behenti di Hentian Rehat & Rawat tadi dikulumnya untuk menghilangkan rasa mual apabila kenderaan dipandu perlahan dan kadang-kadang berhenti apabila kereta mereka merapati kenderaan hadapan. Bosan bermain Angry Bird, dia mencapai surat khabar yang masih belum dibaca dan membelek dari muka ke muka.

Berkerut-kerut dahi Qurratul ‘Ain menatap berita yang mengisi ruang-ruang akhbar. Masih mengenai isu yang berkaitan dengan pergaduhan, buli, dan keruntuhan akhlak yang seterusnya membawa kepada kes-kes pembunuhan di sana-sini sehingga berita-berita sebegini menjadi kudis dalam kehidupan manusia. Semakin hari semakin bertambah-tambah nilai assabiyah dalam diri manusia hari ini. Lebih menyentuh hati ‘Ain lagi apabila kisah benar yang dipaparkan ini melibatkan sebuah institusi keluarga .

‘Astaghfirullahaladzim. Abang, tengok ni, adik mati dibunuh abang sebab bercakaran hanya kerana tidak mahu berkongsi barang mainan’. Ain cuba menarik perhatian Muadz.

‘Erm…dunia akhir zaman, sayang. Bukan itu sahaja, sebuah keluarga boleh berpecah belah hanya kerana berebut akan harta warisan yang cuma sekangkang kera. Suami isteri menyingsing lengan, terlupa pada ikatan suci perkahwinan yang dibina bertahun-tahun lamanya. Sesama jiran menarik muka memanjangkan sengketa hanya kerana tersilap kata terlanjur bicara. Generasi muda sudah tidak memandang yang tua sebagai manusia yang patut dihormati dan disanjungi. Memandang generasi tua hanya sebelah mata sehingga ada yang sanggup menyisih mereka jauh dari mata dan hati. Maka, rumah warga tua dan rumah kebajikan selayaknya bagi mereka yang telah terbuang dari sebuah institusi yang bernama ‘kekeluargaan’. Muadz mengulas panjang lebar.

‘Betul tu bang. Dalam tempat kerja sayang pula, dengki mendengki, hasut, khianat, fitnah dan ‘talam dua muka’ mengambil tempat menyisihkan silaturrahim, seterusnya merenggangkan hubungan manusia sesama manusia, apatah lagi dengan Allah s.w.t.’

‘Apabila sekecil-kecil titik hitam dalam hati memusnahkan suatu sunnah yang dinamakan silaturrahim, kesannya amat besar, panjang dan menyakitkan. Sekecil-kecil peribadi seorang kakak tiada sifat bertolak ansur terhadap adiknya, seorang suami atau isteri tidak memberi nilai kasih yang sewajarnya pada keluarga, sesama jiran menutup rapat pintu kemesraan, seorang majikan atau pekerja tidak mengamalkan nilai ‘kerja sebagai suatu ibadah’, dan sebesar peranan pemimpin yang cetek akalnya menurut nafsu kekuasaan sehingga tercetusnya peperangan. Maka, di sinilah lenyapnya nilai dan keindahan sebuah kasih sayang, perikemanusiaan dan seterusnya memusnahkan suatu sunnah yang bernama silaturrahim’ Muadz menambah lagi.



‘ Sayang, Silaturrahim adalah hubungan kekerabatan dan sanak saudara yang dilingkungi oleh sifat saling berkasih sayang (tarahamal qaumu). Kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah yang biasa-biasa, tetapi merupakan kasih dan sayang yang amat rapat, ikhlas dan luhur antara ibu bapa dan anak, kaum keluarga, sanak saudara, dan juga jiran tetangga. Malah, definisi silaturrahim juga merangkumi batas sempadan negara iaitu hubungan antara sesama manusia tanpa mengira warna kulit ataupun bangsa’. Perbualan suami isteri di tengah kesesakan lalu lintas itu sudah seperti menjadi muzakarah agama.

‘Silaturrahim merupakan satu sunnah yang tidak lagi diminati oleh masyarakat hari ini dan kita kena hidupkannya. Sebab tu abang ajak sayang menziarahi adik beradik mama, baba, bapak dan emak sepanjang cuti ini. Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti. Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati. Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 1, yang bermaksud:

“Dan takutlah kepada Allah yang pinta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.”

‘Sayang tahu tak, apa kelebihan silaturrahim selain daripada sunnah nabi?’ Muadz menyoal Ain supaya muzakarah mereka menjadi dua hala.

“Erm..sayang pernah dengar tazkirah seorang akhwat tentang rumah-rumah yang tidak dimasuki syaitan. Antara rumah-rumah yang dibenci oleh syaitan ialah rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan silaturrahim, menjaga adab dan berbakti kepada orang tuanya dan rumah yang penghuninya terdiri dari pasangan yang soleh dan solehah serta saling faham memahami dan bertolak ansur selain suka memaafkan orang lain dan rumah yang sentiasa dipenuhi dengan ucapan salam dan meminta izin. Rumah-rumah sebegini yang dipenuhi dengan amalan mulia, akan memupuk ikatan silaturrahim berpanjangan’. Balas ‘Ain panjang lebar.

‘ Dan lagi sayang, untuk menjalinkan silaturrahim bukanlah sukar, apatah lagi dengan kemudahan dan kecanggihan teknologi perhubungan terkini yang membolehkan silaturrahim dijalin lebih erat, lebih mantap dan kukuh. Penggunaan telefon bimbit, emel, sistem pesanan ringkas (sms), dan sebagainya banyak membantu untuk bertanya khabar dan mengekalkan silaturrahim sesama kita. Sebab tu, syiar wajib abang untuk sayang adalah hubungi mama dan baba sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tanya khabar mereka. Minggu ini dah call mereka belum?’ Muadz bertanya.

‘Hihi…’ ‘Ain sekadar tersengih macam kerang busuk.

‘Isk isk isk…due date sampai Ahad ni ye. Tak buat kena iqob’ Muadz mengugut manja

‘Baik bos’ balas Ain.



‘Selain itu sayang, jarak perjalanan untuk mengunjungi, atau menziarahi ibu bapa dan sanak saudara boleh dipendekkan dengan sistem pengangkutan yang baik seperti kapal terbang, komuter, lrt, kereta, malah, sistem jalan raya juga bertambah baik dengan pembinaan lebuhraya yang mampu memendekkan masa dan tenaga. Bukankah zaman serba moden seperti ini sepatutnya mengeratkan lagi silaturrahim yang telah wujud?’ Muadz mengajak isterinya berfikir.

‘Betul betul betul, kita tidak perlu berkira dengan duit, masa dan peluh yang kita laburkan untuk bayar minyak, tol, buah tangan, traffic jem dan lain-lain. Huhu…’ ‘Ain makan dalam dengan nasihat yang ditujukan buat dirinya sendiri.

‘Jadi jangan merungut ye sayang kalau traffic jem. Nanti Allah gantikan kepenatan dan ke’tension’an kita dengan imbalan yang lebih baik. Ini semua infak kita. Allah SWT menegaskan akan menambah rezeki dan karunia bagi orang-orang yang berinfaq di jalan Allah. “… dan barang apa yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantikan harta yang dishadaqahkan, memberkahinya dan menambahkan karunia-Nya”. (Saba’34:39). Rezeki dalam bentuk pelbagai bentuk. Bukan hanya pada wang ringgit, anak pun rezeki juga. Mana lah tahu, doa yang kita tagih dari mereka supaya dimudahkan urusan zuriat termakbul dengan asbab masinnya mulut salah seorang yang kita ziarahi’ Nasihat Muad’z.

“Huhu… baik boss. Kalau kita meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan balasannya kepada kita dan mengampuni kita. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun.”(64:17)’ ‘Ain mengakui kebenaran kata-kata suaminya.

‘ok, sayang. Sekarang tolong ambil Galaxy tab dan update program Musafir Cinta kita’ Muadz mengarah lembut

‘Ain mengambil Galaxy tab dan mengemaskini program ziarah mereka.

‘Erm… keluarga yang dah kita ziarah Mak chak muazzah, Pak Tam ahya’, Pak jang dhu, Pak su Adi, Pak cik Malik, Pak lang akhiq, Mak teh timah, Ayah cho, Mak yang hanum, Mak yah robiah, Mak su salwah, Wak dot, Pak Cik Sham , Makcik Mimi, Pak Long Arshad, Wak Sahar, Mak Jang Pah, Pakcik Syam, Mak Su Lia. Yang berbaki belum diziarahi Mak Ngah Zizah dan Wak Ju’ Ain melaporkan.

‘ok, jadi nanti kita exit Ipoh-Tanjung Rambutan pergi rumah Mak Ngah Zizah dan insyaAllah Isyak kita sampai di Chikus, singgah rumah Wak Ju’ Muadz memberi arahan.

Alhamdulillah.

“Segala puji bagi Allah,Maha suci Allah yang menyediakan kenderaan ini untuk kemudahan kita dan kami tidak terdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kitalah, kita akan kembali. Dengan Nama Allah yang tiada mudharat sesuatu diatas di bumi dan dilangit dengan NamaNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi maha Mengetahui'”

Opss, satu lagi doa yang bermakna dan tidak boleh tertinggal:

Rabbana hablana min azwajina wadzurriyatina qurrata a'yun waj'alna lil muttaqina imama : wahai tuhan kami, kurniakanlah pada kami dari pasangan kami serta ZURIAT kami ketenangan/ketenteraman, dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yg bertaqwa :)
(QS. 25 : 74)




Amin

Tuesday, December 20, 2011

ALLAH MAHA BESAR

Firman Allah swt:

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, Barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha mengetahui." (Q.S. Al Maidah :54)




Alkisah disuatu petang yang damai, Umaimah (bukan nama sebenar) duduk di balkoni rumah yang mengadap ke arah laman yang dihiasi dengan lanskap menarik hasil kerja tangan abi. Abi memang gemar menghabiskan waktu terluang selepas tamat perkhidmatan sebagai penjawat awam di sebuah organisasi kerajaan dengan berkebun. Angin sepoi-sepoi yang bertiup memberikan ketenangan dan semangat luar biasa kepada Umaimah untuk menyiapkan tesisnya. Masa sangat suntuk. Tinggal seminggu sahaja masa diperuntukkan oleh Dr Jalil untuk dia menyudahkan tesisnya sebelum viva.

“Kak Long, sudah-sudah le mengadap laptop dari tadi” tiba-tiba umi menyapa dari belakang sambil membawa ubi rebus, sambal tumis ikan bilis dan kelapa parut. Umi meletakkan dulang berisi hidangan tersebut dihadapannya sehingga membantutkan tumpuan Umaimah. Dia kecur melihat hidangan kegemaran yang disajikan umi.

“Wah...sedapnya. Ni yang Kak long sayang sangat Umi ni. Kak long balik rumah mesti umi masak makanan kegemaran Kak Long ni” puji Kak Long melangit. Umi senyum sahaja sambil menuangkan air kopi panas ke dalam cawan dan menyuakan kepada Umaimah.

“Dah Kak Long, simpan laptop tu. Lepas tu pergi panggil abi minum petang” Umi mengarah.

“Baik boss” Kak Long akur.

“Abi! Jom minum petang dulu. Umi masak Ubi rebus dengan kelapa parut” Kak long melaung ayahnya yang tekun menggembur tanah untuk menanam pokok petai yang baru dibeli dari nurseri pokok sewaktu menjemputnya pulang dari universiti semalam.

Abi mengangguk dan bingkas bangun dan menuju ke arah pili untuk mencuci tangan. Umaimah tahu bahawa ayahnya itu juga menggemari ubi rebus cecah kelapa parut. Mereka sememangnya banyak berkongsi minat yang sama. Malah umi juga suka mengusik mengatakan bahwa persamaan yang ketara antara mereka anak beranak adalah masing-masing keras kepala. Mungkin kerana ini adalah ciri personaliti anak sulung. Tidak mahu kalah dengan pendapat sendiri.

“Bismillah” ucap abi saat mengirup kopi panas.

Dia kemudian mengambil secubit ubi rebus dan mencecahnya dengan kepala parut sebelum menyuakan ke mulut.

Abi mengambil senaskah surat khabar di atas meja sambil menatap halaman berita muka hadapan.

“Erm...HIMPUN sebelum ini rasa gah kononnya dapat kumpul sejuta umat untuk perhimpunan tempoh hari, tapi yang hadir boleh dibilang dengan jari. Angka bukan tanda gagal konon” Abi mula mula menjadi pengulas berita yang tidak bertauliah. Umaimah dan umi yang tadi sedang rancak bersembang menghentikan perbualan. Telinga Umaimah berdesing tiba-tiba.

“HIMPUN ini sebenarnya hanyalah bertopengkan politik UMNO semata-mata. Jika hudud adalah identiti yang dilabelkan oleh segenap lapisan masyarakat dalam UMNO bahkan bukan Islam dalam BN adalah ciptaan PAS, isu pencegahan murtad dan perjuangan mengekang murtad yang laungkan HIMPUN adalah ciptaan politik UMNO semata-mata.” Tuduh abi membuatkan Umaimah tidak senang duduk.

“Abi, kalau bercakap tu boleh tak jangan didasari emosi dan tuduhan semata-semata. Cuba bercakap ikut fakta dan bukti supaya lebih rasional”. Kata Umaimah geram.

“Siapa yang emosi? Kak Long, orang lain boleh fikir lah. Segala perkaitan isu murtad hanyalah lebih kepada sikap mengada-ada dan mengampu masyarakat Islam untuk memilih UMNO sebagai peneraju kekal negara Malaysia”

“Abi, Orang berkepentingan politik sahaja yang akan berfikir macam itu”. Suasana menjadi tegang tiba-tiba.

“Kak Long...” Umi yang tidak senang dengan situasi tersebut cuba menenangkan suasana. Umi tahu mereka anak beranak memang keras kepala dan suka memenangkan pendapat sendiri. Umaimah sendiri pernah bertegang urat dengan bapanya sehingga tidak bertegur sapa berhari-hari. Cuma sejak aktif mengikuti program usrah di universiti, dia sudah mula dapat mengawal emosi marahnya saat berperang mulut dengan orang tidak sehafaman dengannya terutama bapanya.

Astagfirullahaladzim, Umaimah beristigfar di dalam hati. Menyesal kerana tadi emosinya dikawal syaitan. Tiba-tiba dia teringat kata-kata dari naqibahnya sewaktu usrah dua hari lepas.

“Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah; Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya. Jika ingin lihat amanahnya seseorang, lihat cara dia berurusan wang dan duit denganmu. Jika ingin lihat kawalan nafsunya, lihat cara dia berbicara & berurusan dengan org berlainan jantina yg 'cantik' & 'handsome' atau disukainya” Pesan naqibahnya, Kak Ummu sewaktu liqo’ tempoh hari.

Ya Tuhan, mana akhlakku saat bermuzakarah dengan pandangan yang berbeza denganku. Apatah lagi orang yang sedang aku ajak berbicara ini adalah ayahku sendiri. Ayah yang banyak menabur bakti untuk aku dan keluarga aku selama ini. Ayah yang selama ini tidak pernah lewat sesaat pun menjemput aku pulang dari university. Ayah yang selalu menantang aku dengan kasih sayang seperti anak kecil walau pun usiaku sudah menginjak 23 tahun. Dan entah berapa banyak lagi sumbangsih ayah untuk aku yang tidak mampu aku bayar walau aku memberi seluruh gajiku hasil bekerja selama 1000 tahun, getus hati kecil Umaimah kesal.

“Maafkan Kak Long abi atas apa yang Kak Long cakapkan tadi. Kak Long tidak bermaksud begitu” ucap Umiamah dengan tulus sambil menunpukkan pandangan.

Abi terpana tiba-tiba. Sangkanya, anak sulung yang banyak mewarisi sikapnya itu akan membentak dan merajuk masuk ke bilik. Namun, ucapan maaf yang lahir daripada bibir munggilnya. Ucapan maaf yang dirasakan sangat kudus dan tulus diucap berbanding ucapan maaf ketilka tradisi memohon ampun di pagi hari raya.

Abi diam sahaja.

“Ok, cuba Kak Long rasa kenapa mereka sibuk nak anjur perhimpunan. Bukan boleh selesai masalah pun. Cuba buat dialog perbandingan antara agama. Masing-masing boleh dengar, menilai dan buat pembaikan” Abi memberi peluang kepada Kak Long.

“Abi, Memang tak salah pun buat dialog. Tak salah kalau kita hendak cuba apa-apa wasilah sekali pun. HIMPUN ini pun sebagai salah satu cara juga. Cuba kita belajar daripada realiti semasa di Malaysia kini. Novel Interlok dipinda hanya kerana diperjuangkan oleh orang-orang yang mempunyai suara yang jelas dan lantang. Hanya suara yang jelas dan lantang sahaja yang boleh mempengaruhi keputusan. Keputusan untuk membela akidah kita yang semakin dicabar. Bermula dengan isu DUMC, Seksualiti Merdeka dan yang akhir sekali isu penyembelihan korban yang dibangkang oleh pihak bukan islam. Semua ini menampakkan desakan yang semakin hari semakin berani oleh puak bukan islam seolah-olah ia sesuatu yang disengajakan. Belum reda lagi DUMC dah timbul Seksualiti Merdeka dan mereka nak umat islam hentikan penyebelihan lembu korban ditempat-tempat awam. Lebih malang ada pula pemimpin Melayu yang seolah-olah menghalalkan semua perbuatan ini. Siapa lagi yang kita harapkan dapat mempertahankan kedaulatan Islam yang semakin tercabar dari hari ke hari?” Umaimah mengajak abi berfikir.

“Erm...Kak Long ni sibuk membela HIMPUN kenapa? Ni mesti pergi perhimpunan di Stadium Shah Alam tempoh hari? Abi serkap jarang.

“Ya, Kak Long dan kawan-kawan pergi ke HIMPUN tempoh hari. Kak Long pergi atas tiket Setiausaha Kelab Belia Inovatif UPSI (PEMBINA). Kak Long yakin walau mungkin Kak Long dan kawan-kawan hanya api yang kecil, tetapi InsyaaAlah inilah api yang akan memarakkan unggun yang besar. Suatu perkara yang abi perlu tahu, kami bukan NGO Islam UMNO. Sama sekali bukan. Kami hanyalah anak-anak hingusan yang sensitif dengan apa yang berlaku pada Natrah, Noraisyah Bukhari, Jamaluddin Othman dan Lina Joy. George Bush sewaktu memerangi Afganistan pernah mengungkapkan bahawa Perang Salibiah sudah kembali semula. Maksudnya, Perang Salib tidak tidak pernah padam tetapi sekarang bergerak secara senyap. Sebab mereka jauh lebih bijak merancang propaganda. Mereka tahu andai gerakan kristianisasi dijalankan secara terang-terangan contohnya melalui perang maka semua akan bangkit menentang. Tetapi mereka bergerak secara sembunyi dan halus sehingga semua tidak perasan. Sebagai contoh isu yang berlaku di DUMC itu tidak berkaitan dengan soal hak kebebasan beragama atau hak asasi manusia, bahkan ia adalah usaha ‘tabsyir’ (Kristianisasi) yang merupakan sebuah agenda penjajahan dalam bentuk moden, Ini bukan suatu usaha untuk menimbulkan polemik agama seperti yang ditakuti PAS” kata Umaimah lagi.

“Abi, Umi, ada dua tujuan utama gerakan Kristianisasi. Pertama, memasukkan orang Islam ke dalam agama Kristian. Kedua, menjauhkan orang Islam daripada agama Islam. Akan tetapi, Samuel Zwemer semasa Persidangan Kristian di Quds pada tahun 1935 M berkata:

“….. tugas mubaligh Kristian di negara-negara lslam yang telah ditaja oleh negara-negara Kristian bukanlah berusaha untuk mengkristiankan umat lslam, kerana mereka sedar orang Islam memegang pendirian bahawa agama Islam merupakan suatu petunjuk dan penghormatan bagi mereka. Tetapi tugas kalian yang terpenting ialah memurtadkan orang lslam keluar dari agama mereka agar menjadi orang yang sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan Allah kemudian tidak mempunyai hubungan dengan moral yang telah menjadi landasan hidup seluruh bangsa. Dengan ini, matlamat utama Kristianisasi tidak semestinya untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Kristian tetapi cukup dengan mengeluarkan orang Islam daripada agamanya.” Terang Umaimah.

“Ohw...jadi , usaha Kristianisasi ini bersifat global dan telah bermula sejak lama dahulu?” Tiba-tiba umi turut serta dalam perbualan.

“Betul tu umi, naqibah Kak Long kata di seluruh dunia kini terdapat lebih daripada 270 ribu pendakwah yang bekerja sepenuh masa untuk gerakan ini. Lebih 22 ribu buah buku telah diterbitkan dan lebih 98 ribu buah pusat pendidikan telah didirikan. Usaha ini diperhebatkan lagi dengan tertubuhnya lebih 24 ribu pertubuhan-pertubuhan rasmi yang menjalankan usaha Kristianisasi di balik tabir”. Umaimah semangat melihat umi tertarik untuk mengikuti muzakarah mereka.

“ Abi tahu. Semalam di masjid , penceramah kata kajian yang dijalankan bagi tahun 1994 hingga Mei 1997, mendapati bahawa sebanyak 60 hingga 210 permohonan bagi pertukaran nama telah dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 519 permohonan bertukar nama atas alasan ingin keluar dari Islam atau murtad. Walau bagaimanapun 48% sahaja yang diluluskan oleh JPN manakala 52% lagi telah ditolak atau ditarik balik oleh pemohon”. Abi sudah kelihatan menyetujui pendapat Umaimah.

“ Betul tu abi, sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan membuat pendedahan mengejutkan mengenai kenyataan Persatuan Paderi Malaysia yang mendakwa bahawa lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008. Pada hari ini, gerakan Kristianisasi berselindung di sebalik alasan kebebasan beragama. Sebenarnya tindakan mereka terang-terangan telah melanggar peruntukan perlembagaan di dalam Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti mengajak orang Islam keluar daripada agama itu. 14 tuntutan IFC juga boleh dijadikan sebagai bukti bahawa tuntutan kebebasan beragama digunakan secara salah untuk mengelirukan umat Islam dan mengeluarkan umat Islam daripada agama mereka”. Terang Umaimah panjang lebar.

“Isk...kurang ajar betul mereka ni” Umi menyatakan rasa tidak puas hati.

“Tapi, Kak Long kenapa tak ramai yang datang menyatakan sokongan?” Tanya Umi pula.

“ Umi memang ramai yang membuat telahan tentang kehadiran peserta. Ada yang kata 1,000, ada yang kata 3,000 ada yang kata 5,000 dan ada pula yang kata 10,000. Tapi umi seketariat bertanya kepada pihak stadium, mereka mengatakan 20,000. Tapi bagi Kak Long biar apapun angka yang ingin disebutkan, biar apapun tohmahan yang nak diberikan itu tidak menjadi soal.” Terang Kak Long.

“Tapi kenapa HIMPUN mudah dapat tiket untuk berhimpun sedangkan program pihak pembangkang seolah sengaja disekat?” Tanya abi pula tidak puas hati.

“Abi, ceramah-ceramah yang diberikan oleh 13 penceramah tidak sedikit pun menyentuh soal politik tetapi hanya fokus kepada soal-soal aqidah, kesatuan umat dan perlunya kita menghalang gejala murtad. Laungan pula tidak ada kalimah yang provokatif tetapi penuh semangat dengan mengucapkan kalimah HIMPUN, Selamatkan Aqidah, dan HIMPUN hanya untuk Allah. Laungan takbir Allahuakbar menggemakan seluruh stadium. Allahua’lam “ Terang Umaimah.

“Erm...entah le. Abi sebenarnya tak memihak kepada mana-mana parti tetapi lebih melihat kepada siapa yang membawa lebih banyak kebaikkan kepada Islam. Abi tidak terlibat dengan mana-mana NGO Islam, atau mana-mana gerakan islam tetapi sebaliknya abi ini adalah rakyat biasa yang cintakan Islam. Namun apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini memang membingungkan sehingga tidak tahu lagi nak undi siapa. Bagi abi UMNO bukan pilihan. Namun bimbang dengan kedudukan PAS yang bertahaluf dengan DAP yang jelas menentang islam. Sehingga kini abi sendiri masih mencari-cari jawapan” kata abi benar-benar mengendurkan suasana.

Sayup-sayup dari kejauhan kedengaran alunan ayat suci al-Quran daripada Syeikh al-Ghomidi dari corong masjid. Mereka tahu setengah jam lagi azan Maghrib bakal berkumandang menandakan masuk waktu Maghrib bagi wilayah mereka. Cepat-cepat mereka menghabiskan sisa ubi rebus yang berbaki dan beransur masuk ke rumah untuk bersiap solat jemaah.

Pagi 17 Disember 2011 bertempat di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar sekitar 3000 orang mencakupi keseluruhan peringkat umur daripada usia kanak-kanak, remaja, belia sehingga golongan dewasa hadir memberi sokongan dalam perjuangan membanteras usaha memurtadkan umat Islam di Malaysia. Umaimah hadir bersama kawan-kawan dari Tanjung Malim semata-mata menyatakan sokongan terhadap isu yang sensitif mutakhir ini.

Sedang Umaimah tertinjau-tinjau mencari anak-anak buahnya yang dijemput hadir bersama, dia rasa bahunya dicuit seseorang, Umaimah menoleh.

Serentak dengan itu, hampir dia menjerit apabila melihat abi datang bersama umi. Dia benar-benar tidak menyangka kedua orang yang sangat disayangi itu mula mendapat pencerahan selepas muzakarah keluarga tiga minggu yang lalu. Dua hari lalu dia hanya menyuakan pamphlet HIMPUN Perak kepada abi tanpa berkata sepatah pun. Dia tidak mengharap sangat ayahnya hadir. Tetapi, hari itu Allah telah menunjukkan kebesarannya melunakkan hati ayahnya untuk turut bersama-samanya. Syukur padamu ya Allah kerana umi dan abi bakal mendokong amal dakwahnya

Wednesday, December 14, 2011

CINTA JARAK JAUH

Bismillahirrahmanirrahim

Firman Allah SWT :
Maksudnya : “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. “ ( Surah at Thalaq ayat 2 – 3 )



Husna (bukan nama sebenar) menatap album perkahwinannya. Sedar tidak sedar sudah menjangkau dua tahun usia pernikahan mereka. Walau mungkin jarak beratus kilometer memisahkan mereka lantaran kerana dihambat tugasan sebagai pendidik yang memerlukan dia berkhidmat di daerah usang, Kampung Pulut Durian (bukan nama sebenar) namun perasaan rindu tidak juga memudar, malahan semakin menebal berbanding kali pertama dahulu. Mungkin benar, semakin lama hidup bersama, mengharungi susah dan senang sepanjang usia perkahwinan, membuatkan dua hati kian dekat, biarpun jarak tujuh lautan memisahkan.

Husna yakin , isteri mana yang hatinya tidak merindui suami yang jauh di mata. Lebih-lebih lagi, perpisahan yang terjadi itu bukan kerana suka-suka, tetapi lebih kepada memenuhi peranan dan tugas suami dan dirinya mencari nafkah keluarga. Juga, tanggungjawab kepada agama yang mulia. Tambahan pula, dia sukar mendapat kelulusan pertukaran tempat berkhidmat. Malah kadang-kadang muncul perasaan jahat tidak sanggup bertukar kerana sayang dengan suasana kerja yang telah lama diperolehi dan rasa stabil dengan medan amal dakwah di sini.

Sebelum walimah dahulu, Husna tidak menjangkakan dia bakal menempuh perhubungan jarak jauh (PJJ). Berpisah bukan sehari dua, tetapi memakan masa berbulan-bulan, malah kini menjangkau dua tahun lamanya. Paling kurang pun, mereka bertemu melepas rindu hanya di hujung-hujung minggu. Terselit rasa kasihan kepada suami yang menjadi ‘weekend husband’. Kadang dia sendiri runsing dengan makan pakai suami nun jauh di sana.

Namun Husna optimis dengan percaturan Allah swt . Dia cuba memanfaatkan ketiadaan suami dengan melengkapkan diri dengan kemahiran asas sebagai isteri dan bakal ibu agar dapat membantu suami mengemudi bahtera rumahtangga. Semasa cuti sekolah ini, dia memperbaiki kemahiran memasak dan kemahiran menghias diri buat tatapan suami yang dikasihi. Apabila singgah ke kedai buku, dia tidak lupa untuk mengemaskini buku-buku tentang kemahiran kekeluargaan yang terbaru di pasaran. Dia sedaya upaya mencedok segala ilmu dan maklumat menjadi ibu untuk mendidik diri dan keluarga sakinah, mawaddah warahmah.

Tutt…tuttt. Deringan alat penghubung cinta mereka selama ini berbunyi.

“Assalamualaikum sayang” kedengaran suara suami tercinta, Uwais (bukan nama sebenar) di hujung corong telefon.

“Wa’alaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh” Jawab Husna.

Berbunga hati mendengar kalam agung yang selalu mengikat cinta mereka berdua sekian lama. Suaminya bukan hanya sekadar menebarkan doa kesejahteraan itu kepada kenalan malah kepada orang yang melewati mereka. Hatta, hendak masuk ke bilik tidur sendiri pun, kalimah penaut kasih sayang itu tetap tidak lekang dari bibir suaminya. Bagamaina dia tidak jatuh cinta dengan lelaki akhir zaman ini? Lelaki yang selalu menitipkan pesan-pesan Junjungan Besar dalam kehidupan sehari-hari.

Perbualan mereka berpindah dari satu tajuk ke tajuk yang lain. Tentang umi, abi, adik-adik, tempat kerja, mesyuarat, daurah dan tidak terkecuali berkisar tentang itik dan ayam kampung peliharaan abi di belakang rumah. Semua cerita mereka mahu ungkap bersama. Husna dan Uwais sering berhubung dan mengemaskini ‘laporan’ kehidupan masing-masing, sama ada melalui perbualan di telefon, sms, emel atau lain-lain medium perhubungan yang canggih dan terkini. Sesekali cerita Uwais diselang selikan dengan hilai tawa lembut dari isterinya.

“Sayang…” Uwais memecahkan perbualan tiba-tiba dengan suara serius.

“Kenapa abang?” Husna mula menumpukan perhatian terhadap butir bicara yang bakal meluncur dari bibir suaminya.

“Sampai bila kita hidup berjauh begini?”. Suasana menjadi sunyi tiba-tiba.

“Ermm…abang sayang, semua ini bukan penghalang kita menjalinkan ikatan yang harmoni. Berjauhan atau tidak, ia bukan jaminan keutuhan sesebuah mahligai perkahwinan. Jarak sama sekali bukan penghalang bagi mencipta mawaddah, rahmah dan sakinah di dalam sesebuah rumahtangga. Asal saja kemahuan dan usaha membaja cinta dilakukan dengan saksama oleh suami dan isteri, ketiga-tiga elemen penyeri itu akan tetap subur mewangi”. Husna melontarkan pendapatnya.

"Macam abang selalu cakap ia ibarat jauh di mata, dekat di hati. Kita akan semakin rindu kerana berjauhan. Perpisahan yang terjadi mampu menatijahkan kebaikan. Ketiadaan abang dirasakan bagai satu kehilangan. Perginya diiring doa, pulangnya ditunggu penuh setia. Saat jauh di mata, rasa rindu bertandang, menjadi tali kepada dua hati untuk saling mengenang. Menambah kasih, merimbun sayang” Husna menambanh lagi.

“Bukan semudah itu sayang. Jika lalai dan cuai dalam menanganinya, ia sangat berpotensi menjadikan jarak perhubungan sedia ada kian ketara jauhnya. Semakin sepi dan dingin. Cinta tidak menggebu. Rindu bukan lagi pengikat untuk bertemu. Sudahlah jauh dari pandangan mata, jauh juga dari jiwa!” Uwais menambah.

“ Kita jangan terlalu idealistik. Kita kena fikirkan juga risiko perhubungan jarak jauh ini. Kita akan berdepan dengan ujian. Ujian dalam kehidupan. Cabaran dalam memaknakan ikatan perkahwinan. Mungkin kita tidak rasa sangat kerana kita belum dikurniakan zuriat. Tapi cuba kita fikirkan kalau kita sudah punya anak nanti” Uwais mengajak isterinya berfkir dengan lebih rasional.

“Jika kita perhatikan masyarakat di luar yang melalui perkara yang sama, ujian ini boleh menjadi berganda cabarannya jika jalan-jalan yang dilalui dalam mengisi dan memaknakannya lebih banyak membawa kepada perselisihan sehingga menatijahkan poligami atau perceraian. Keadaan ini tidak mustahil, dan banyak yang telah melaluinya sebab kedua-dua pihak memandang ringan terhadap usaha-usaha ‘mengikat’ kemas ikatan yang telah mereka jalinkan atas nama Allah” kata Uwais lagi.

“Na’uzubillah minzalik. Jangan lah kita pun begitu abang”. Husna mula rasa tidak selesa.

“Bukan abang mendoakan kita begitu tetapi abang cuma tidak mahu kita anggap semua ini sebagai ‘trend’ hidup masa kini. Ramai yang hidup begini kerana desakan kewangan demi menstabilkan ekonomi keluarga, membayar hutang pinjaman pelajaran, untuk membantu ibu bapa dan adik beradik yang masih belajar dan sebab-sebab lain lagi sehingga ramai para isteri rela atau terpaksa berpisah daripada suami tercinta kerana perlu bekerja jauh. Pelbagai sebab dan punca menjadi pemisah dua jiwa, dan keadaan inilah yang sewajarnya dijadikan renungan bersama”. Tambah Uwais lagi.

“Sayang faham semua itu. InsyaAllah sayang berusaha keras untuk tinggal bersama. Sayang isi permohonan setiap kali online pertukaran dibuka. Tapi nak buat macam mana? Masih belum ada rezeki kita. Kita kena serahkan semua urusan kepada Allah swt. Mungkin Allah lebih tahu selayaknya yang terbaik untuk kita. Kita doakan yang terbaik untuk semua urusan” Husna mempertahankan dirinya.

“Sayang, doa itu bukanlah satu kesalahan, bahkan Allah SWT sendiri menganjurkan hamba-hamba-Nya untuk memohon apa-apa pun kebaikan kepada-Nya, beserta janji bahawa DIA akan memenuhi permohonan mereka. Abang bukan maksudkan sayang tapi realiti yang melata, tindakan kebanyakan manusia selalu tidak selari dengan doa dan permohonan yang dipinta. Ramai lebih cenderung mencari harta yang sementara sehingga mengabaikan sesuatu yang lebih utama, antaranya memilih untuk tidak bersama ‘harta’ yang lebih bernilai iaitu keluarga, dengan hidup bersama walau serba sederhana” balas Uwais lagi.

“Abang harap niat bersulam tawakal yang benar ketika hidup berjauhan ini sentiasa disematkan iaitu prioriti kita membina baitul muslim ini adalah untuk melahirkan sakinah, mawaddah warahmah ila mardhotillah. Membina generasi a-Quran di tengah-tengah masyarakat yang menjadi batu-bata dakwah macam yang sayang harapkan waktu ta’aruf dulu” Kata Uwais penuh pengharapan.

“InsyaAllah abang. Sayang akan segera mencari jalan untuk kembali bernaung di bawah bumbung yang sama, setelah sebab-sebab yang menjarakkan hubungan kita berdua berjaya diharungi atau dilunasi. Sayang faham bahawa sunnatullah di dalam perkahwinan adalah suami melindungi isteri, manakala syari’at juga menekankan, tempat seorang isteri adalah untuk berada di sisi suami. Dua keadaan ini amat sukar dijayakan andai kita berdua tidak duduk sekali”. Kata-kata Husna membuatkan Uwais lega. Dia berasa sangat bersyukur dengan kehadiran Husna dalam hidupnya. Dia sia-sia dia menanti bertahun lamanya disusun oleh Baitul Muslim jemaahnya hingga akhirnya dapat juga dia menikah dengan akhwat yang sealiran, sefikrah dan memahami tugas dan tanggungjwab dakwahnya.

“Cuma sayang harap abang menaruh kepercayaan yang penuh pada isteri abang ini. InsyaAllah sayang akan sentiasa menjaga maruah diri, berpakaian sopan, sempurna menutup aurat, tidak keluar tanpa tujuan dan hala serta selalu memastikan pergaulan dengan rakan sekerja lelaki hanya sebatas yang perlu sahaja. Bercakap, berurusan dan lain-lain kerana tugas dan tidak lebih dari itu. Kalau ada tindak tanduk sayang yang tidak menyenangkan abang harap abang tidak lengah dan tangguh untuk menasihati gaya dan keterlanjuran sayang.” Janji Husna.

“Alhamdulillah, Lega rasanya abang dengar tuturmu sayang. Tazkiyah ini sebenarnya bukan untuk abang seorang tetapi abang panjangkan untuk sayang agar berpisah tidak gelisah, kerana perpisahan tidak sesekali menghadirkan resah, perpisahan adalah penantian, menanti saat kembali bergandingan”. Kata Uwais.

“ InsyaAllah abang, penantian satu ujian, penantian satu renungan, penantian satu kesyukuran, penantian bukti kecintaan. Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Ila mardhotillah” Balas Husna.

“Ok lah sayang, waktu rehat dah habis ni. Supervisor abang dah menjeling dari tadi” . Kata Uwais mengharap penegrtian.

“Ok bang, kita sambung malam ni”. Husna mengerti.

“Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh”

“Wa’alaikumsalamwarahmatullahiwabarakatuh”

“Muaaahh…muah…muah”

Dari hujung telefon Husna hanya tersenyum dan menggeleng kepala. Bersukur atas semua yang Allah beri untuk hambaNya.

Alhamdulillah.
.

Tuesday, December 13, 2011

Akhlak Terhadap Air

“….. Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup…..” (Q.S. Al Anbiya:30)



SUATU SUBOH

Suatu hari selesai menunaikan solat suboh di sebuah bilik solat,
Selesai memberi salam, Abang Long yang mengimamkan solat jemaah suboh pagi itu bingkas bangun dan keluar dari bilik solat. Adik-adik terpinga-pinga memandang antara satu sama lain. Ubaidah (bukan nama sebenar) menjungkitkan bahu tanda tidak dapat menelah tindakan si abang. Lama menunggu, abang muncul sambil sambil membawa sebotol air. Seperti biasa, mereka membentuk halaqah sebelum membaca ma'thurat secara berjemaah. Botol air tersebut dibiarkan terngaga tanpa penutup botol di letakkan di tengah-tengah halaqah. Abang long memandang wajah semua adik-adiknya, Ubaidah, Hudzaifah dan Ulya (semua bukan nama sebenar) sambil tersenyum penuh makna. Seolah-olah dapat menelah adik-adiknya serabut dengan tindakannya. "Orang bawa air waktu baca yasin malam jumaat, kita bawa air time baca ma'thurat...hihi". Ubaidah, Hudzaifah dan Ulya (semua bukan nama sebenar) tersenyum. "Kita sebenarnya boleh berkomunikasi dengan air. Jika pesannya indah, air akan menampilkan molekul wajah manis seperti kristal. Namun jika pesannya buruk, molekulnya juga buruk" terang abang. "Doa ini adalah pesan yang baik dan air sebenrnya boleh merakamkan pesan" tambah abang lagi. "Oleh itu, berakhlaklah dengan air yang menjadi sumber penghidupan kita semua. Sebab tu, mak pesan jangan bergaduh depan rezeki. Bila bergaduh, macam-macam maki hamin keluar dan beri kesan pada lauk berkuah dalam hidangan. Kalau pergi sekolah, kenapa anak-anak cina suka bawa botol air besar-besar? tak malu teguk air waktu cikgu mengajar. Sebab dia tahu sifat air merakam ilmu yang diajar cikgu. Jadi lepas ni, Ubaidah, Hudzaifah dan U'lya (semua bukan nama sebenar), bawa tumbler. Waktu cikgu mengajar buka penutup air. Tapi kalau cikgu maki dan seranah, cepat-cepat tutup balik dan simpan tumbler. Kalau nak pilih tempat makan pun, cari restoran yang tak pasang lagu mengarut-ngarut, rosak kristal air kita" terang abang. "Hihi, baik abang long" jawab mereka sebelum meneruskan bacaan ma'thurat.

AIR MERAKAM DOA

Mungkin ramai yang pernah mendengar penyelidikan seorang doktor dari Jepun, Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tentang perilaku air. Air dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu dibekukan sampai -5oC di laboratorium, lantas difoto dengan mikroskop elektron dengan kamera kecepatan tinggi.Ternyata molekul air membentuk kristal segi enam yang indah.

Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan penyelidikan dengan air di Swiss, Berlin, Prancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan dapatannya pada bulan Mc 2005 lalu. Ternyata air boleh “mendengar” kata-kata, boleh “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menguraikan bahwa air bersifat boleh merakam pesan seperti pita magnetik.

Penemuan ini dapat menjelaskan mengapa air putih yang didoakan boleh menyembuhkan penyakit. Sy teringat sewaktu kecil, mak akan minta air daripada ustaz dan ustazah untuk sy dan adik-adik minum sebelum menduduki peperiksaan. Kadang jiwa muda memberontak dan menempelak mak. Tetapi ternyata molekul air itu menangkap pesan doa , menyimpannya, lalu gelombangnya menyebar kepada molekul air lain yang ada di tubuh pesakit dengan izin Allah. Diingatkan bahawa bukan kita yakin bahawa air tersebut yang memberi penyembuhan tetapi air adalah asbab sahaja. Pokok pangkalnya kita tetap kena menyerahkan urusan sembuh atau sebaliknya kepada Allah swt.




Tubuh manusia 75% terdiri daripada air. Otak pula 74.5% terdiri daripada air. Darah terdiri daripada 82% air. Tulang yang keras pun mengandung 22% air. Oleh itu, simpanan air putih di rumah, setiap hari boleh didoakan dengan khusyuk kepada Allah agar dikurniakan rumah tangga yang sakinah, mawaddah warahmah, dikurniakan zuriat yang soleh lagi solehah, penyejuk mata untuk orang-orang yang beriman dan mohon diketuk pintu hati ahli keluarga dengan taufik dan hidayah. Air tadi akan meneruskan pesan ke otak dan pembuluh darah. Dengan izin Allah, pesan tadi akan dilaksanakan tubuh tanpa kita sedari. Subhanallah...tidahk hairanlah mengapa air zamzam begitu berkhasiat karena dia menyimpan pesan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s.

Bila kita renungkan berpuluh ayat Al Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahwa air tidak sekadar benda mati. Dia menyimpan kekuatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat wajib perlu air wudhuk lima kali sehari. Selesai bersama, suami istri wajib mandi hadas besar. Mati pun wajib dimandikan. Tidak ada agama lain yang mewajibkan memandikan jenazah (kecuali jenazah yang mati syahid). Tetapi kita belum melakukan zikir terhadap air. Kita masih tidak menghargai air. Kita buang secara mubazir, bahkan kita cemari. Astaghfirullah.Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah.

Seorang ilmuwan Jepun telah merintis penemuan menarik tentang air. Kini, ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al Quran dan hadis.


Laman web yang menerangkan sifat air yang berbentuk kristal.
http://www.thank-water.net/english/project/result20040725.htm
http://www.masaru-emoto.net/english/ephoto.html
http://www.hado.com.au/crystals.htm

Nasihat untuk sy & akhwat tersayang

Surat dari seorang Ikhwan untuk semua wanita suci
(sebuah kutipan)

Wanita suci,
Mungkin aku memang tak romantis, karena kau tak mengenalku
dan tak perlu mengenalku...
Bagiku kau bukan bunga, tak mampu aku samakanmu dengan bunga-bunga terindah dan terharum sekalipun
Bagiku manusia adalah mahluk terindah, tersuci dan tertinggi
Bagiku kau salah satu manusia terindah, tersuci, dan tertinggi, karenanya kau tak membutuhkan persamaan...

Wanita suci,
Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, karena itu akan membuatku mengingatmu
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seseluruh jiwa, sesemangat mentari
Kasihani dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur, dirimu terlalu suci...

Wanita suci,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berujung, ada ingin tapi tak ada henti
Menyentuhmu merupakan ingin diri, berkelebat selalu, meski ujung penutupmupun tak berani kusentuh
Jangan pernah kalah oleh mimpi dan inginku, karena sucimu, indahmu kau pertaruhkan
Mungkin kau tak peduli, tapi kau hanya akan menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah,
Tak lebih dari wanita biasa

Wanita suci,
Jangan pernah kau tatapku penuh, bahkan kau tak perlu lirikkan matamu untuk melihatku
Bukan karena aku terlalu indah, tapi karena aku seorang manipulator
Aku biasa memakaikan topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor dari kubangan lumpur
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau termanipulasi
karena toh kau hanya manusia -hanya wanita- meskipun kau wanita suci

Wanita suci,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang sepenuh diri bawamu pada Allah
Untuknya dirimu ada, kata otakku, terukir dalam kitab suci tak perlu pikir lagi
Tunggu sang lelaki suci menjemputmu dalam rangkaian khitbah dan akad
Atau kejar sang lelaki suci, itu adalah hakmu seperti yang dicontohkan ibunda Khadijah
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci

Wanita suci,
Bariskan harapmu pada istikharah sepenuh arti ikhlas
Relakan Allah pilihkan lelaki suci bagimu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak ada sampai kau mati
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di alam permainan saat ini
Mungkin lelaki suci itu menantimu di istana kekalmu yang kau bangun dengan seluruh kekhusyu'an ibadahmu

Wanita Suci,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itulah inginNya, tak ada yang lebih baik dari pilihanNya
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki terpilih itu
Melainkan pada jalan yang kau pilih
Seperti kisah Ummu Sulaim di masa lalu yang meminta keislaman sebagai mahar pernikahan
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima putusan sang Kekasih tertinggi
Kekasih tempat kita menerima cinta yang tak terhingga dalam tiap detik hidup kita