Tuesday, December 20, 2011

ALLAH MAHA BESAR

Firman Allah swt:

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, Barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha mengetahui." (Q.S. Al Maidah :54)




Alkisah disuatu petang yang damai, Umaimah (bukan nama sebenar) duduk di balkoni rumah yang mengadap ke arah laman yang dihiasi dengan lanskap menarik hasil kerja tangan abi. Abi memang gemar menghabiskan waktu terluang selepas tamat perkhidmatan sebagai penjawat awam di sebuah organisasi kerajaan dengan berkebun. Angin sepoi-sepoi yang bertiup memberikan ketenangan dan semangat luar biasa kepada Umaimah untuk menyiapkan tesisnya. Masa sangat suntuk. Tinggal seminggu sahaja masa diperuntukkan oleh Dr Jalil untuk dia menyudahkan tesisnya sebelum viva.

“Kak Long, sudah-sudah le mengadap laptop dari tadi” tiba-tiba umi menyapa dari belakang sambil membawa ubi rebus, sambal tumis ikan bilis dan kelapa parut. Umi meletakkan dulang berisi hidangan tersebut dihadapannya sehingga membantutkan tumpuan Umaimah. Dia kecur melihat hidangan kegemaran yang disajikan umi.

“Wah...sedapnya. Ni yang Kak long sayang sangat Umi ni. Kak long balik rumah mesti umi masak makanan kegemaran Kak Long ni” puji Kak Long melangit. Umi senyum sahaja sambil menuangkan air kopi panas ke dalam cawan dan menyuakan kepada Umaimah.

“Dah Kak Long, simpan laptop tu. Lepas tu pergi panggil abi minum petang” Umi mengarah.

“Baik boss” Kak Long akur.

“Abi! Jom minum petang dulu. Umi masak Ubi rebus dengan kelapa parut” Kak long melaung ayahnya yang tekun menggembur tanah untuk menanam pokok petai yang baru dibeli dari nurseri pokok sewaktu menjemputnya pulang dari universiti semalam.

Abi mengangguk dan bingkas bangun dan menuju ke arah pili untuk mencuci tangan. Umaimah tahu bahawa ayahnya itu juga menggemari ubi rebus cecah kelapa parut. Mereka sememangnya banyak berkongsi minat yang sama. Malah umi juga suka mengusik mengatakan bahwa persamaan yang ketara antara mereka anak beranak adalah masing-masing keras kepala. Mungkin kerana ini adalah ciri personaliti anak sulung. Tidak mahu kalah dengan pendapat sendiri.

“Bismillah” ucap abi saat mengirup kopi panas.

Dia kemudian mengambil secubit ubi rebus dan mencecahnya dengan kepala parut sebelum menyuakan ke mulut.

Abi mengambil senaskah surat khabar di atas meja sambil menatap halaman berita muka hadapan.

“Erm...HIMPUN sebelum ini rasa gah kononnya dapat kumpul sejuta umat untuk perhimpunan tempoh hari, tapi yang hadir boleh dibilang dengan jari. Angka bukan tanda gagal konon” Abi mula mula menjadi pengulas berita yang tidak bertauliah. Umaimah dan umi yang tadi sedang rancak bersembang menghentikan perbualan. Telinga Umaimah berdesing tiba-tiba.

“HIMPUN ini sebenarnya hanyalah bertopengkan politik UMNO semata-mata. Jika hudud adalah identiti yang dilabelkan oleh segenap lapisan masyarakat dalam UMNO bahkan bukan Islam dalam BN adalah ciptaan PAS, isu pencegahan murtad dan perjuangan mengekang murtad yang laungkan HIMPUN adalah ciptaan politik UMNO semata-mata.” Tuduh abi membuatkan Umaimah tidak senang duduk.

“Abi, kalau bercakap tu boleh tak jangan didasari emosi dan tuduhan semata-semata. Cuba bercakap ikut fakta dan bukti supaya lebih rasional”. Kata Umaimah geram.

“Siapa yang emosi? Kak Long, orang lain boleh fikir lah. Segala perkaitan isu murtad hanyalah lebih kepada sikap mengada-ada dan mengampu masyarakat Islam untuk memilih UMNO sebagai peneraju kekal negara Malaysia”

“Abi, Orang berkepentingan politik sahaja yang akan berfikir macam itu”. Suasana menjadi tegang tiba-tiba.

“Kak Long...” Umi yang tidak senang dengan situasi tersebut cuba menenangkan suasana. Umi tahu mereka anak beranak memang keras kepala dan suka memenangkan pendapat sendiri. Umaimah sendiri pernah bertegang urat dengan bapanya sehingga tidak bertegur sapa berhari-hari. Cuma sejak aktif mengikuti program usrah di universiti, dia sudah mula dapat mengawal emosi marahnya saat berperang mulut dengan orang tidak sehafaman dengannya terutama bapanya.

Astagfirullahaladzim, Umaimah beristigfar di dalam hati. Menyesal kerana tadi emosinya dikawal syaitan. Tiba-tiba dia teringat kata-kata dari naqibahnya sewaktu usrah dua hari lepas.

“Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah; Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya. Jika ingin lihat amanahnya seseorang, lihat cara dia berurusan wang dan duit denganmu. Jika ingin lihat kawalan nafsunya, lihat cara dia berbicara & berurusan dengan org berlainan jantina yg 'cantik' & 'handsome' atau disukainya” Pesan naqibahnya, Kak Ummu sewaktu liqo’ tempoh hari.

Ya Tuhan, mana akhlakku saat bermuzakarah dengan pandangan yang berbeza denganku. Apatah lagi orang yang sedang aku ajak berbicara ini adalah ayahku sendiri. Ayah yang banyak menabur bakti untuk aku dan keluarga aku selama ini. Ayah yang selama ini tidak pernah lewat sesaat pun menjemput aku pulang dari university. Ayah yang selalu menantang aku dengan kasih sayang seperti anak kecil walau pun usiaku sudah menginjak 23 tahun. Dan entah berapa banyak lagi sumbangsih ayah untuk aku yang tidak mampu aku bayar walau aku memberi seluruh gajiku hasil bekerja selama 1000 tahun, getus hati kecil Umaimah kesal.

“Maafkan Kak Long abi atas apa yang Kak Long cakapkan tadi. Kak Long tidak bermaksud begitu” ucap Umiamah dengan tulus sambil menunpukkan pandangan.

Abi terpana tiba-tiba. Sangkanya, anak sulung yang banyak mewarisi sikapnya itu akan membentak dan merajuk masuk ke bilik. Namun, ucapan maaf yang lahir daripada bibir munggilnya. Ucapan maaf yang dirasakan sangat kudus dan tulus diucap berbanding ucapan maaf ketilka tradisi memohon ampun di pagi hari raya.

Abi diam sahaja.

“Ok, cuba Kak Long rasa kenapa mereka sibuk nak anjur perhimpunan. Bukan boleh selesai masalah pun. Cuba buat dialog perbandingan antara agama. Masing-masing boleh dengar, menilai dan buat pembaikan” Abi memberi peluang kepada Kak Long.

“Abi, Memang tak salah pun buat dialog. Tak salah kalau kita hendak cuba apa-apa wasilah sekali pun. HIMPUN ini pun sebagai salah satu cara juga. Cuba kita belajar daripada realiti semasa di Malaysia kini. Novel Interlok dipinda hanya kerana diperjuangkan oleh orang-orang yang mempunyai suara yang jelas dan lantang. Hanya suara yang jelas dan lantang sahaja yang boleh mempengaruhi keputusan. Keputusan untuk membela akidah kita yang semakin dicabar. Bermula dengan isu DUMC, Seksualiti Merdeka dan yang akhir sekali isu penyembelihan korban yang dibangkang oleh pihak bukan islam. Semua ini menampakkan desakan yang semakin hari semakin berani oleh puak bukan islam seolah-olah ia sesuatu yang disengajakan. Belum reda lagi DUMC dah timbul Seksualiti Merdeka dan mereka nak umat islam hentikan penyebelihan lembu korban ditempat-tempat awam. Lebih malang ada pula pemimpin Melayu yang seolah-olah menghalalkan semua perbuatan ini. Siapa lagi yang kita harapkan dapat mempertahankan kedaulatan Islam yang semakin tercabar dari hari ke hari?” Umaimah mengajak abi berfikir.

“Erm...Kak Long ni sibuk membela HIMPUN kenapa? Ni mesti pergi perhimpunan di Stadium Shah Alam tempoh hari? Abi serkap jarang.

“Ya, Kak Long dan kawan-kawan pergi ke HIMPUN tempoh hari. Kak Long pergi atas tiket Setiausaha Kelab Belia Inovatif UPSI (PEMBINA). Kak Long yakin walau mungkin Kak Long dan kawan-kawan hanya api yang kecil, tetapi InsyaaAlah inilah api yang akan memarakkan unggun yang besar. Suatu perkara yang abi perlu tahu, kami bukan NGO Islam UMNO. Sama sekali bukan. Kami hanyalah anak-anak hingusan yang sensitif dengan apa yang berlaku pada Natrah, Noraisyah Bukhari, Jamaluddin Othman dan Lina Joy. George Bush sewaktu memerangi Afganistan pernah mengungkapkan bahawa Perang Salibiah sudah kembali semula. Maksudnya, Perang Salib tidak tidak pernah padam tetapi sekarang bergerak secara senyap. Sebab mereka jauh lebih bijak merancang propaganda. Mereka tahu andai gerakan kristianisasi dijalankan secara terang-terangan contohnya melalui perang maka semua akan bangkit menentang. Tetapi mereka bergerak secara sembunyi dan halus sehingga semua tidak perasan. Sebagai contoh isu yang berlaku di DUMC itu tidak berkaitan dengan soal hak kebebasan beragama atau hak asasi manusia, bahkan ia adalah usaha ‘tabsyir’ (Kristianisasi) yang merupakan sebuah agenda penjajahan dalam bentuk moden, Ini bukan suatu usaha untuk menimbulkan polemik agama seperti yang ditakuti PAS” kata Umaimah lagi.

“Abi, Umi, ada dua tujuan utama gerakan Kristianisasi. Pertama, memasukkan orang Islam ke dalam agama Kristian. Kedua, menjauhkan orang Islam daripada agama Islam. Akan tetapi, Samuel Zwemer semasa Persidangan Kristian di Quds pada tahun 1935 M berkata:

“….. tugas mubaligh Kristian di negara-negara lslam yang telah ditaja oleh negara-negara Kristian bukanlah berusaha untuk mengkristiankan umat lslam, kerana mereka sedar orang Islam memegang pendirian bahawa agama Islam merupakan suatu petunjuk dan penghormatan bagi mereka. Tetapi tugas kalian yang terpenting ialah memurtadkan orang lslam keluar dari agama mereka agar menjadi orang yang sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan Allah kemudian tidak mempunyai hubungan dengan moral yang telah menjadi landasan hidup seluruh bangsa. Dengan ini, matlamat utama Kristianisasi tidak semestinya untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Kristian tetapi cukup dengan mengeluarkan orang Islam daripada agamanya.” Terang Umaimah.

“Ohw...jadi , usaha Kristianisasi ini bersifat global dan telah bermula sejak lama dahulu?” Tiba-tiba umi turut serta dalam perbualan.

“Betul tu umi, naqibah Kak Long kata di seluruh dunia kini terdapat lebih daripada 270 ribu pendakwah yang bekerja sepenuh masa untuk gerakan ini. Lebih 22 ribu buah buku telah diterbitkan dan lebih 98 ribu buah pusat pendidikan telah didirikan. Usaha ini diperhebatkan lagi dengan tertubuhnya lebih 24 ribu pertubuhan-pertubuhan rasmi yang menjalankan usaha Kristianisasi di balik tabir”. Umaimah semangat melihat umi tertarik untuk mengikuti muzakarah mereka.

“ Abi tahu. Semalam di masjid , penceramah kata kajian yang dijalankan bagi tahun 1994 hingga Mei 1997, mendapati bahawa sebanyak 60 hingga 210 permohonan bagi pertukaran nama telah dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 519 permohonan bertukar nama atas alasan ingin keluar dari Islam atau murtad. Walau bagaimanapun 48% sahaja yang diluluskan oleh JPN manakala 52% lagi telah ditolak atau ditarik balik oleh pemohon”. Abi sudah kelihatan menyetujui pendapat Umaimah.

“ Betul tu abi, sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan membuat pendedahan mengejutkan mengenai kenyataan Persatuan Paderi Malaysia yang mendakwa bahawa lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008. Pada hari ini, gerakan Kristianisasi berselindung di sebalik alasan kebebasan beragama. Sebenarnya tindakan mereka terang-terangan telah melanggar peruntukan perlembagaan di dalam Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti mengajak orang Islam keluar daripada agama itu. 14 tuntutan IFC juga boleh dijadikan sebagai bukti bahawa tuntutan kebebasan beragama digunakan secara salah untuk mengelirukan umat Islam dan mengeluarkan umat Islam daripada agama mereka”. Terang Umaimah panjang lebar.

“Isk...kurang ajar betul mereka ni” Umi menyatakan rasa tidak puas hati.

“Tapi, Kak Long kenapa tak ramai yang datang menyatakan sokongan?” Tanya Umi pula.

“ Umi memang ramai yang membuat telahan tentang kehadiran peserta. Ada yang kata 1,000, ada yang kata 3,000 ada yang kata 5,000 dan ada pula yang kata 10,000. Tapi umi seketariat bertanya kepada pihak stadium, mereka mengatakan 20,000. Tapi bagi Kak Long biar apapun angka yang ingin disebutkan, biar apapun tohmahan yang nak diberikan itu tidak menjadi soal.” Terang Kak Long.

“Tapi kenapa HIMPUN mudah dapat tiket untuk berhimpun sedangkan program pihak pembangkang seolah sengaja disekat?” Tanya abi pula tidak puas hati.

“Abi, ceramah-ceramah yang diberikan oleh 13 penceramah tidak sedikit pun menyentuh soal politik tetapi hanya fokus kepada soal-soal aqidah, kesatuan umat dan perlunya kita menghalang gejala murtad. Laungan pula tidak ada kalimah yang provokatif tetapi penuh semangat dengan mengucapkan kalimah HIMPUN, Selamatkan Aqidah, dan HIMPUN hanya untuk Allah. Laungan takbir Allahuakbar menggemakan seluruh stadium. Allahua’lam “ Terang Umaimah.

“Erm...entah le. Abi sebenarnya tak memihak kepada mana-mana parti tetapi lebih melihat kepada siapa yang membawa lebih banyak kebaikkan kepada Islam. Abi tidak terlibat dengan mana-mana NGO Islam, atau mana-mana gerakan islam tetapi sebaliknya abi ini adalah rakyat biasa yang cintakan Islam. Namun apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini memang membingungkan sehingga tidak tahu lagi nak undi siapa. Bagi abi UMNO bukan pilihan. Namun bimbang dengan kedudukan PAS yang bertahaluf dengan DAP yang jelas menentang islam. Sehingga kini abi sendiri masih mencari-cari jawapan” kata abi benar-benar mengendurkan suasana.

Sayup-sayup dari kejauhan kedengaran alunan ayat suci al-Quran daripada Syeikh al-Ghomidi dari corong masjid. Mereka tahu setengah jam lagi azan Maghrib bakal berkumandang menandakan masuk waktu Maghrib bagi wilayah mereka. Cepat-cepat mereka menghabiskan sisa ubi rebus yang berbaki dan beransur masuk ke rumah untuk bersiap solat jemaah.

Pagi 17 Disember 2011 bertempat di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar sekitar 3000 orang mencakupi keseluruhan peringkat umur daripada usia kanak-kanak, remaja, belia sehingga golongan dewasa hadir memberi sokongan dalam perjuangan membanteras usaha memurtadkan umat Islam di Malaysia. Umaimah hadir bersama kawan-kawan dari Tanjung Malim semata-mata menyatakan sokongan terhadap isu yang sensitif mutakhir ini.

Sedang Umaimah tertinjau-tinjau mencari anak-anak buahnya yang dijemput hadir bersama, dia rasa bahunya dicuit seseorang, Umaimah menoleh.

Serentak dengan itu, hampir dia menjerit apabila melihat abi datang bersama umi. Dia benar-benar tidak menyangka kedua orang yang sangat disayangi itu mula mendapat pencerahan selepas muzakarah keluarga tiga minggu yang lalu. Dua hari lalu dia hanya menyuakan pamphlet HIMPUN Perak kepada abi tanpa berkata sepatah pun. Dia tidak mengharap sangat ayahnya hadir. Tetapi, hari itu Allah telah menunjukkan kebesarannya melunakkan hati ayahnya untuk turut bersama-samanya. Syukur padamu ya Allah kerana umi dan abi bakal mendokong amal dakwahnya

Wednesday, December 14, 2011

CINTA JARAK JAUH

Bismillahirrahmanirrahim

Firman Allah SWT :
Maksudnya : “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. “ ( Surah at Thalaq ayat 2 – 3 )



Husna (bukan nama sebenar) menatap album perkahwinannya. Sedar tidak sedar sudah menjangkau dua tahun usia pernikahan mereka. Walau mungkin jarak beratus kilometer memisahkan mereka lantaran kerana dihambat tugasan sebagai pendidik yang memerlukan dia berkhidmat di daerah usang, Kampung Pulut Durian (bukan nama sebenar) namun perasaan rindu tidak juga memudar, malahan semakin menebal berbanding kali pertama dahulu. Mungkin benar, semakin lama hidup bersama, mengharungi susah dan senang sepanjang usia perkahwinan, membuatkan dua hati kian dekat, biarpun jarak tujuh lautan memisahkan.

Husna yakin , isteri mana yang hatinya tidak merindui suami yang jauh di mata. Lebih-lebih lagi, perpisahan yang terjadi itu bukan kerana suka-suka, tetapi lebih kepada memenuhi peranan dan tugas suami dan dirinya mencari nafkah keluarga. Juga, tanggungjawab kepada agama yang mulia. Tambahan pula, dia sukar mendapat kelulusan pertukaran tempat berkhidmat. Malah kadang-kadang muncul perasaan jahat tidak sanggup bertukar kerana sayang dengan suasana kerja yang telah lama diperolehi dan rasa stabil dengan medan amal dakwah di sini.

Sebelum walimah dahulu, Husna tidak menjangkakan dia bakal menempuh perhubungan jarak jauh (PJJ). Berpisah bukan sehari dua, tetapi memakan masa berbulan-bulan, malah kini menjangkau dua tahun lamanya. Paling kurang pun, mereka bertemu melepas rindu hanya di hujung-hujung minggu. Terselit rasa kasihan kepada suami yang menjadi ‘weekend husband’. Kadang dia sendiri runsing dengan makan pakai suami nun jauh di sana.

Namun Husna optimis dengan percaturan Allah swt . Dia cuba memanfaatkan ketiadaan suami dengan melengkapkan diri dengan kemahiran asas sebagai isteri dan bakal ibu agar dapat membantu suami mengemudi bahtera rumahtangga. Semasa cuti sekolah ini, dia memperbaiki kemahiran memasak dan kemahiran menghias diri buat tatapan suami yang dikasihi. Apabila singgah ke kedai buku, dia tidak lupa untuk mengemaskini buku-buku tentang kemahiran kekeluargaan yang terbaru di pasaran. Dia sedaya upaya mencedok segala ilmu dan maklumat menjadi ibu untuk mendidik diri dan keluarga sakinah, mawaddah warahmah.

Tutt…tuttt. Deringan alat penghubung cinta mereka selama ini berbunyi.

“Assalamualaikum sayang” kedengaran suara suami tercinta, Uwais (bukan nama sebenar) di hujung corong telefon.

“Wa’alaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh” Jawab Husna.

Berbunga hati mendengar kalam agung yang selalu mengikat cinta mereka berdua sekian lama. Suaminya bukan hanya sekadar menebarkan doa kesejahteraan itu kepada kenalan malah kepada orang yang melewati mereka. Hatta, hendak masuk ke bilik tidur sendiri pun, kalimah penaut kasih sayang itu tetap tidak lekang dari bibir suaminya. Bagamaina dia tidak jatuh cinta dengan lelaki akhir zaman ini? Lelaki yang selalu menitipkan pesan-pesan Junjungan Besar dalam kehidupan sehari-hari.

Perbualan mereka berpindah dari satu tajuk ke tajuk yang lain. Tentang umi, abi, adik-adik, tempat kerja, mesyuarat, daurah dan tidak terkecuali berkisar tentang itik dan ayam kampung peliharaan abi di belakang rumah. Semua cerita mereka mahu ungkap bersama. Husna dan Uwais sering berhubung dan mengemaskini ‘laporan’ kehidupan masing-masing, sama ada melalui perbualan di telefon, sms, emel atau lain-lain medium perhubungan yang canggih dan terkini. Sesekali cerita Uwais diselang selikan dengan hilai tawa lembut dari isterinya.

“Sayang…” Uwais memecahkan perbualan tiba-tiba dengan suara serius.

“Kenapa abang?” Husna mula menumpukan perhatian terhadap butir bicara yang bakal meluncur dari bibir suaminya.

“Sampai bila kita hidup berjauh begini?”. Suasana menjadi sunyi tiba-tiba.

“Ermm…abang sayang, semua ini bukan penghalang kita menjalinkan ikatan yang harmoni. Berjauhan atau tidak, ia bukan jaminan keutuhan sesebuah mahligai perkahwinan. Jarak sama sekali bukan penghalang bagi mencipta mawaddah, rahmah dan sakinah di dalam sesebuah rumahtangga. Asal saja kemahuan dan usaha membaja cinta dilakukan dengan saksama oleh suami dan isteri, ketiga-tiga elemen penyeri itu akan tetap subur mewangi”. Husna melontarkan pendapatnya.

"Macam abang selalu cakap ia ibarat jauh di mata, dekat di hati. Kita akan semakin rindu kerana berjauhan. Perpisahan yang terjadi mampu menatijahkan kebaikan. Ketiadaan abang dirasakan bagai satu kehilangan. Perginya diiring doa, pulangnya ditunggu penuh setia. Saat jauh di mata, rasa rindu bertandang, menjadi tali kepada dua hati untuk saling mengenang. Menambah kasih, merimbun sayang” Husna menambanh lagi.

“Bukan semudah itu sayang. Jika lalai dan cuai dalam menanganinya, ia sangat berpotensi menjadikan jarak perhubungan sedia ada kian ketara jauhnya. Semakin sepi dan dingin. Cinta tidak menggebu. Rindu bukan lagi pengikat untuk bertemu. Sudahlah jauh dari pandangan mata, jauh juga dari jiwa!” Uwais menambah.

“ Kita jangan terlalu idealistik. Kita kena fikirkan juga risiko perhubungan jarak jauh ini. Kita akan berdepan dengan ujian. Ujian dalam kehidupan. Cabaran dalam memaknakan ikatan perkahwinan. Mungkin kita tidak rasa sangat kerana kita belum dikurniakan zuriat. Tapi cuba kita fikirkan kalau kita sudah punya anak nanti” Uwais mengajak isterinya berfkir dengan lebih rasional.

“Jika kita perhatikan masyarakat di luar yang melalui perkara yang sama, ujian ini boleh menjadi berganda cabarannya jika jalan-jalan yang dilalui dalam mengisi dan memaknakannya lebih banyak membawa kepada perselisihan sehingga menatijahkan poligami atau perceraian. Keadaan ini tidak mustahil, dan banyak yang telah melaluinya sebab kedua-dua pihak memandang ringan terhadap usaha-usaha ‘mengikat’ kemas ikatan yang telah mereka jalinkan atas nama Allah” kata Uwais lagi.

“Na’uzubillah minzalik. Jangan lah kita pun begitu abang”. Husna mula rasa tidak selesa.

“Bukan abang mendoakan kita begitu tetapi abang cuma tidak mahu kita anggap semua ini sebagai ‘trend’ hidup masa kini. Ramai yang hidup begini kerana desakan kewangan demi menstabilkan ekonomi keluarga, membayar hutang pinjaman pelajaran, untuk membantu ibu bapa dan adik beradik yang masih belajar dan sebab-sebab lain lagi sehingga ramai para isteri rela atau terpaksa berpisah daripada suami tercinta kerana perlu bekerja jauh. Pelbagai sebab dan punca menjadi pemisah dua jiwa, dan keadaan inilah yang sewajarnya dijadikan renungan bersama”. Tambah Uwais lagi.

“Sayang faham semua itu. InsyaAllah sayang berusaha keras untuk tinggal bersama. Sayang isi permohonan setiap kali online pertukaran dibuka. Tapi nak buat macam mana? Masih belum ada rezeki kita. Kita kena serahkan semua urusan kepada Allah swt. Mungkin Allah lebih tahu selayaknya yang terbaik untuk kita. Kita doakan yang terbaik untuk semua urusan” Husna mempertahankan dirinya.

“Sayang, doa itu bukanlah satu kesalahan, bahkan Allah SWT sendiri menganjurkan hamba-hamba-Nya untuk memohon apa-apa pun kebaikan kepada-Nya, beserta janji bahawa DIA akan memenuhi permohonan mereka. Abang bukan maksudkan sayang tapi realiti yang melata, tindakan kebanyakan manusia selalu tidak selari dengan doa dan permohonan yang dipinta. Ramai lebih cenderung mencari harta yang sementara sehingga mengabaikan sesuatu yang lebih utama, antaranya memilih untuk tidak bersama ‘harta’ yang lebih bernilai iaitu keluarga, dengan hidup bersama walau serba sederhana” balas Uwais lagi.

“Abang harap niat bersulam tawakal yang benar ketika hidup berjauhan ini sentiasa disematkan iaitu prioriti kita membina baitul muslim ini adalah untuk melahirkan sakinah, mawaddah warahmah ila mardhotillah. Membina generasi a-Quran di tengah-tengah masyarakat yang menjadi batu-bata dakwah macam yang sayang harapkan waktu ta’aruf dulu” Kata Uwais penuh pengharapan.

“InsyaAllah abang. Sayang akan segera mencari jalan untuk kembali bernaung di bawah bumbung yang sama, setelah sebab-sebab yang menjarakkan hubungan kita berdua berjaya diharungi atau dilunasi. Sayang faham bahawa sunnatullah di dalam perkahwinan adalah suami melindungi isteri, manakala syari’at juga menekankan, tempat seorang isteri adalah untuk berada di sisi suami. Dua keadaan ini amat sukar dijayakan andai kita berdua tidak duduk sekali”. Kata-kata Husna membuatkan Uwais lega. Dia berasa sangat bersyukur dengan kehadiran Husna dalam hidupnya. Dia sia-sia dia menanti bertahun lamanya disusun oleh Baitul Muslim jemaahnya hingga akhirnya dapat juga dia menikah dengan akhwat yang sealiran, sefikrah dan memahami tugas dan tanggungjwab dakwahnya.

“Cuma sayang harap abang menaruh kepercayaan yang penuh pada isteri abang ini. InsyaAllah sayang akan sentiasa menjaga maruah diri, berpakaian sopan, sempurna menutup aurat, tidak keluar tanpa tujuan dan hala serta selalu memastikan pergaulan dengan rakan sekerja lelaki hanya sebatas yang perlu sahaja. Bercakap, berurusan dan lain-lain kerana tugas dan tidak lebih dari itu. Kalau ada tindak tanduk sayang yang tidak menyenangkan abang harap abang tidak lengah dan tangguh untuk menasihati gaya dan keterlanjuran sayang.” Janji Husna.

“Alhamdulillah, Lega rasanya abang dengar tuturmu sayang. Tazkiyah ini sebenarnya bukan untuk abang seorang tetapi abang panjangkan untuk sayang agar berpisah tidak gelisah, kerana perpisahan tidak sesekali menghadirkan resah, perpisahan adalah penantian, menanti saat kembali bergandingan”. Kata Uwais.

“ InsyaAllah abang, penantian satu ujian, penantian satu renungan, penantian satu kesyukuran, penantian bukti kecintaan. Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Ila mardhotillah” Balas Husna.

“Ok lah sayang, waktu rehat dah habis ni. Supervisor abang dah menjeling dari tadi” . Kata Uwais mengharap penegrtian.

“Ok bang, kita sambung malam ni”. Husna mengerti.

“Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh”

“Wa’alaikumsalamwarahmatullahiwabarakatuh”

“Muaaahh…muah…muah”

Dari hujung telefon Husna hanya tersenyum dan menggeleng kepala. Bersukur atas semua yang Allah beri untuk hambaNya.

Alhamdulillah.
.

Tuesday, December 13, 2011

Akhlak Terhadap Air

“….. Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup…..” (Q.S. Al Anbiya:30)



SUATU SUBOH

Suatu hari selesai menunaikan solat suboh di sebuah bilik solat,
Selesai memberi salam, Abang Long yang mengimamkan solat jemaah suboh pagi itu bingkas bangun dan keluar dari bilik solat. Adik-adik terpinga-pinga memandang antara satu sama lain. Ubaidah (bukan nama sebenar) menjungkitkan bahu tanda tidak dapat menelah tindakan si abang. Lama menunggu, abang muncul sambil sambil membawa sebotol air. Seperti biasa, mereka membentuk halaqah sebelum membaca ma'thurat secara berjemaah. Botol air tersebut dibiarkan terngaga tanpa penutup botol di letakkan di tengah-tengah halaqah. Abang long memandang wajah semua adik-adiknya, Ubaidah, Hudzaifah dan Ulya (semua bukan nama sebenar) sambil tersenyum penuh makna. Seolah-olah dapat menelah adik-adiknya serabut dengan tindakannya. "Orang bawa air waktu baca yasin malam jumaat, kita bawa air time baca ma'thurat...hihi". Ubaidah, Hudzaifah dan Ulya (semua bukan nama sebenar) tersenyum. "Kita sebenarnya boleh berkomunikasi dengan air. Jika pesannya indah, air akan menampilkan molekul wajah manis seperti kristal. Namun jika pesannya buruk, molekulnya juga buruk" terang abang. "Doa ini adalah pesan yang baik dan air sebenrnya boleh merakamkan pesan" tambah abang lagi. "Oleh itu, berakhlaklah dengan air yang menjadi sumber penghidupan kita semua. Sebab tu, mak pesan jangan bergaduh depan rezeki. Bila bergaduh, macam-macam maki hamin keluar dan beri kesan pada lauk berkuah dalam hidangan. Kalau pergi sekolah, kenapa anak-anak cina suka bawa botol air besar-besar? tak malu teguk air waktu cikgu mengajar. Sebab dia tahu sifat air merakam ilmu yang diajar cikgu. Jadi lepas ni, Ubaidah, Hudzaifah dan U'lya (semua bukan nama sebenar), bawa tumbler. Waktu cikgu mengajar buka penutup air. Tapi kalau cikgu maki dan seranah, cepat-cepat tutup balik dan simpan tumbler. Kalau nak pilih tempat makan pun, cari restoran yang tak pasang lagu mengarut-ngarut, rosak kristal air kita" terang abang. "Hihi, baik abang long" jawab mereka sebelum meneruskan bacaan ma'thurat.

AIR MERAKAM DOA

Mungkin ramai yang pernah mendengar penyelidikan seorang doktor dari Jepun, Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tentang perilaku air. Air dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu dibekukan sampai -5oC di laboratorium, lantas difoto dengan mikroskop elektron dengan kamera kecepatan tinggi.Ternyata molekul air membentuk kristal segi enam yang indah.

Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan penyelidikan dengan air di Swiss, Berlin, Prancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan dapatannya pada bulan Mc 2005 lalu. Ternyata air boleh “mendengar” kata-kata, boleh “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menguraikan bahwa air bersifat boleh merakam pesan seperti pita magnetik.

Penemuan ini dapat menjelaskan mengapa air putih yang didoakan boleh menyembuhkan penyakit. Sy teringat sewaktu kecil, mak akan minta air daripada ustaz dan ustazah untuk sy dan adik-adik minum sebelum menduduki peperiksaan. Kadang jiwa muda memberontak dan menempelak mak. Tetapi ternyata molekul air itu menangkap pesan doa , menyimpannya, lalu gelombangnya menyebar kepada molekul air lain yang ada di tubuh pesakit dengan izin Allah. Diingatkan bahawa bukan kita yakin bahawa air tersebut yang memberi penyembuhan tetapi air adalah asbab sahaja. Pokok pangkalnya kita tetap kena menyerahkan urusan sembuh atau sebaliknya kepada Allah swt.




Tubuh manusia 75% terdiri daripada air. Otak pula 74.5% terdiri daripada air. Darah terdiri daripada 82% air. Tulang yang keras pun mengandung 22% air. Oleh itu, simpanan air putih di rumah, setiap hari boleh didoakan dengan khusyuk kepada Allah agar dikurniakan rumah tangga yang sakinah, mawaddah warahmah, dikurniakan zuriat yang soleh lagi solehah, penyejuk mata untuk orang-orang yang beriman dan mohon diketuk pintu hati ahli keluarga dengan taufik dan hidayah. Air tadi akan meneruskan pesan ke otak dan pembuluh darah. Dengan izin Allah, pesan tadi akan dilaksanakan tubuh tanpa kita sedari. Subhanallah...tidahk hairanlah mengapa air zamzam begitu berkhasiat karena dia menyimpan pesan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s.

Bila kita renungkan berpuluh ayat Al Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahwa air tidak sekadar benda mati. Dia menyimpan kekuatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat wajib perlu air wudhuk lima kali sehari. Selesai bersama, suami istri wajib mandi hadas besar. Mati pun wajib dimandikan. Tidak ada agama lain yang mewajibkan memandikan jenazah (kecuali jenazah yang mati syahid). Tetapi kita belum melakukan zikir terhadap air. Kita masih tidak menghargai air. Kita buang secara mubazir, bahkan kita cemari. Astaghfirullah.Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah.

Seorang ilmuwan Jepun telah merintis penemuan menarik tentang air. Kini, ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al Quran dan hadis.


Laman web yang menerangkan sifat air yang berbentuk kristal.
http://www.thank-water.net/english/project/result20040725.htm
http://www.masaru-emoto.net/english/ephoto.html
http://www.hado.com.au/crystals.htm

Nasihat untuk sy & akhwat tersayang

Surat dari seorang Ikhwan untuk semua wanita suci
(sebuah kutipan)

Wanita suci,
Mungkin aku memang tak romantis, karena kau tak mengenalku
dan tak perlu mengenalku...
Bagiku kau bukan bunga, tak mampu aku samakanmu dengan bunga-bunga terindah dan terharum sekalipun
Bagiku manusia adalah mahluk terindah, tersuci dan tertinggi
Bagiku kau salah satu manusia terindah, tersuci, dan tertinggi, karenanya kau tak membutuhkan persamaan...

Wanita suci,
Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, karena itu akan membuatku mengingatmu
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seseluruh jiwa, sesemangat mentari
Kasihani dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur, dirimu terlalu suci...

Wanita suci,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berujung, ada ingin tapi tak ada henti
Menyentuhmu merupakan ingin diri, berkelebat selalu, meski ujung penutupmupun tak berani kusentuh
Jangan pernah kalah oleh mimpi dan inginku, karena sucimu, indahmu kau pertaruhkan
Mungkin kau tak peduli, tapi kau hanya akan menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah,
Tak lebih dari wanita biasa

Wanita suci,
Jangan pernah kau tatapku penuh, bahkan kau tak perlu lirikkan matamu untuk melihatku
Bukan karena aku terlalu indah, tapi karena aku seorang manipulator
Aku biasa memakaikan topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor dari kubangan lumpur
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau termanipulasi
karena toh kau hanya manusia -hanya wanita- meskipun kau wanita suci

Wanita suci,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang sepenuh diri bawamu pada Allah
Untuknya dirimu ada, kata otakku, terukir dalam kitab suci tak perlu pikir lagi
Tunggu sang lelaki suci menjemputmu dalam rangkaian khitbah dan akad
Atau kejar sang lelaki suci, itu adalah hakmu seperti yang dicontohkan ibunda Khadijah
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci

Wanita suci,
Bariskan harapmu pada istikharah sepenuh arti ikhlas
Relakan Allah pilihkan lelaki suci bagimu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak ada sampai kau mati
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di alam permainan saat ini
Mungkin lelaki suci itu menantimu di istana kekalmu yang kau bangun dengan seluruh kekhusyu'an ibadahmu

Wanita Suci,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itulah inginNya, tak ada yang lebih baik dari pilihanNya
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki terpilih itu
Melainkan pada jalan yang kau pilih
Seperti kisah Ummu Sulaim di masa lalu yang meminta keislaman sebagai mahar pernikahan
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima putusan sang Kekasih tertinggi
Kekasih tempat kita menerima cinta yang tak terhingga dalam tiap detik hidup kita

Menggapai pernikahan barakah

Pernikahan adalah suatu hal yang suci. Sangat besar kemuliaannya dan sangat tinggi kedudukannya dalam Islam, sehingga Al-Qur’an menyebutnya sebagai mitsaqan-gahaliza (perjanjian yang sangat berat). Istilah mitsaqan ghaliza sangat menggerunkan jiwa saat menghayati khutbah nikah yang dibacakan seorang imam jurunikah saat walimah seorang akhwat di Sungkai, Perak. Istilah ini tidak pernah dipakai dalam Al-Qur’an, kecuali hanya untuk tiga peristiwa. Satu perjanjian akad nikah. Dan dua lagi untuk perjanjian tauhid. Maka, pernikahan yang diredhai Allah akan dipenuhi dengan do’a malaikat yang menjadi saksi pernikahan. Lantaran itu, hairan apabila banyak sangat rancangan televisyen yang mempromosikan kahwin kontrak@ kahwin bersyarat@ kahwin sekadar melepaskan hajat orang tua dan keluarga spt telemovie Adam Maya, Cinta Elisa dan banyak lagi. Kemudian cerita disulam indah dengan percintaan selepas berkahwin walaupun awalnya saling tidak menyukai. Walhal landasan dan matlamat awal perkahwinan memang sudah jelas celaru. Mana mungkin bahtera pernikahan yang dibina mampu sampai kepada destina tujuannya. Hakikat pernikahan dalam Islam sebenarnya jauh lebih berat daripada apa yang digambarkan utopia telemovie Melayu.

Ketika akad nikah terjadi, halal apa-apa yang sebelumnya diharamkan. Apa yang sebelumnya merupakan maksiat dan bahkan dosa besar, sejak saat itu telah menjadi kemuliaan, kehormatan dan besar sekali pahala di sisi Allah. Pernikahan telah mengubah pintu-pintu dosa dan kekejian menjadi jalan kemuliaan dan kesempurnaan manusia dalam beragama. Allah menyempurnakan setengah agama ketika seseorang melakukan pernikahan.Subhanallah, hebatkan nilai sebuah pernikahan?

Ada pernikahan yang penuh keberkatan. Ada pernikahan yang sedikit keberkatannya. Dan yang paling menakutkan, adalah pernikahan yang tidak akan pernah ada keberkatan didalamnya. Pernikahan yang bagaimana?

Rasulullah SAW menunjukkan, “ Barangsiapa yang menikahkan (putrinya) kerana silau akan kekayaan laki-laki itu meskipun buruk agama dan akhlaknya, maka tidak pernah pernikahan itu akan dibarakahi-Nya”

Sebahagian pernikahan kurang berkat karena niatnya yang tidak tepat, sebahagian disebabkan oleh berbagai hal selama proses berlangsung (pertunangan). Proses yang sangat genting sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Fenomena yang terkadang membuat sy menggeleng kepala. Status bertunang dijadikan sebagai lesen untuk lelaki dan perempuan membonceng motorsikal bersama, mejalani sesi fotoshoot pra perkahwinan dengan pose beRani mati, menyapa tunang dalam fb dengan ayat-ayat dalam kelambu, berpegangan tangan dan macam-macam lagi. Status tunang sebenarnya tidak memberi apa-apa makna dalam menghalalkan perhubungan. Hanya sekadar adat untuk mengkhitbah pasangan.

Pernikahan juga kurang barakah kerana dipengaruhi oleh perlaksaan pernikahan dan juga disebabkan akhlak setelah menikah. Lantaran itu sebaik-baiknya kita hendaklah sedaya upaya melobi kedua ibu bapa dan keluarga untuk melaksanakan pernikahan mengikut lunas-lunas yang digariskan syarak (sy akan kongsi dalam entry akan datang). Oleh itu, tidak hairanlah apabila ada yang mengatakan watak suami seteah 8 hari bernikah langsung tidak sama dengan watak suami semasa 8 tahun bercinta. Tahukah kita perubahan akhlak setelah menikah, banyak disebabkan oleh niat orang yang menikah dan yang menikahkan (karena itu, ajaklah orang tua berbincang)?Pernikahan yang berkat insyaAllah dapat menjadikan akhlak keduanya (suami isteri) semakin baik. Bila sebelumnya masih kurang sesuai dengan keutamaan akhlak, insyaAllah setelah menikah mereka menjadi baik akhlaknya. Ini berdasarkan hadis Nabi:

“Kahwinkanlah orang-orang yang masih sendirian di antara kamu, sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka, dan menambah keluhuran mereka.”

“Sesungguhnya, kata Rasulullah SAW., “termasuk dari keberuntungan perempuan adalah mudah lamarannya, ringan mas kawinnya dan subur rahimnya.” (hari Ahmad).

Sabda Rasulullah SAW :
“Wanita yang paling agung keberkatannya, adalah yang paling ringan maharnya” (hari Ahmad, Al-Hakim, Al-Baihagi dengan sanad yang shahih).

Pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dari Anas .a, Rasulullah bersabda, “Orang yang menikahi wanita kerana kedudukannya, Allah akan menambahinya kehinaan, yang menikahinya kerana kekayaannya, Allah hanya akan memberinya kefakiran, yang menikahinya kerana nama besar keturunannya, Allah justru akan menambahinya kerendahan. Namun, laki-laki yang menikahi wanita hanya kerana menjaga pandangan mata dan memelihara nafsunya atau untuk mempererat hubungan kasih sayang (silaturrahim), maka Allah akan membarakahi laki-laki itu dan memberi kebarakahannya yang sama pada wanita itu sepanjang ikatan pernikahannya”

Semoga Allah memberkahi pernikahan kami. Ameenn.

Monday, December 12, 2011

Muhasabah selepas pernikahan

Sudah lama sy tidak post apa2 entry. Hari ini dtg semangat baru selepas 23 hari mengikat perjanjian yang berat bersama suami. Kami terfikir untuk mencoret nasihat tentang pernikahan yang boleh dimanfaatkan semua terutama ikhwah & akhwat. Firstly, saya repost kembali entry bedah buku Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul yang pernah baca setahun yang lalu. Dahulu saya bercakap atas kapasiti orang yang tahu tp belum beramal. 24 ZUHIJJAH 1432H yg lalu sy bakal mengotakan apa yang sy tahu.

Assalamualaikum wbt

Ramai masyarakat yang mengadu perkahwinan mereka tidak bahagia. Ada di kalangan mereka yang konflik dengan pasangan sejak hari awal pernikahan seperti merajuk kerana urusan teknikal seperti rombongan pengantin lambat sampai. Sesetengah mengadu apabila suami tidak mempedulikan hak batin walhal ‘perkara’ itu yang selalu menjadi tumpuan perbualan dan usikan sebelum berkahwin. Nauzaubillah. Hairan juga melihat pasangan yang bertelagah sebelum memasuki gerbang perkahwinan dan seterusnya mahligai yang dibina semakin berantakan kerana virus tiada persefahaman semakin merebak. Natijahnya perkahwinan yang baru setahun jagung, berkecai akhirnya lantaran keluar suatu lafaz amat dibenci Rasulullah dan membuatkan arasy bergegar iaitu cerai. Mengapa ini terjadi?

Oleh itu, bagi yang belum berkahwin, jangan cemari gerbang cinta yang dibina dengan melakukan maksiat sebelum berkahwin. Jangan merendahkan martabat diri menagih cinta yang tidak kekal dan jangan meletakan harga cinta kita dengan murah hingga sanggup terjebak dengan cinta sebelum kahwin. Yakinlah, nama si dia sudah tercatat di lauhmahfuz namun peribadinya dicorakkan oleh peribadi kita. Kesolehannya dicorakkan oleh kesolehan kita. Benarlah kata-kata Allah dalam surah an-Nur, ayat 26, ‘perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, laki-laki yang keji unuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-peempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)’

Bahaya cinta sebelum kahwin
1.Pasti diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu
2.Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNya
3.Hati akan tersiksa dengan barah rindu
4.Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan
5.Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri dengan keperluan dunia dan akhirat
6.Aku boleh jadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta
7.Fitnah cinta adalah racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan
8.Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang terbaik dan sebaliknya untuk diriku
9.Jika aku berjaya melangkah ke alam rumah tangga maka cinta kami terbina atas dasar maksiat yang pastinya mengundang padah kepada peribadi zuriat peribadi kami pastinya.

erm...jd skrg masa untuk BERCINTA HINGGA KE SYURGA

Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah...hari ini genap 23 hari mitsaqon ghaliza termeterai antara saya dan suami. Tiada apa yang mampu saya ungkap selain memanjat setinggi-tinggi syukur kepada Allah swt atas segala nikmat yang Allah beri kpd saya tanpa putus-putus. Banyak usikan yang terima dr kwn2. Tapi sy positif dengan jawapan yg km sepakati bersama. Meminjam trademark dr kartun Boboi boy 'nikah mmg TERBAEEEKKK'. Sebenarnya xperlu tanya perasaan sy selepas bernikah. Kehidupan selepas pernikahan sebenarnya masih khayal dan belum berpijak kpd dunia realiti. Tambahan pula sy dan suami masih belum duduk sebumbung. Apapun puisi nukilan sy dibawah cukup menceritakan kpd khalayak perasaan sy selepas hati dan cinta direbut suami :)

Buat pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul,
Hati ini sepi tanpa nafas cintamu,
Hati ini hilang seri tanpa senyumanmu,
Diri ini senyap tanpa jiwa kasihmu,
Ruang hatiku gelap tanpa arah untuk melangkah,
Ya Allah, aku telah jatuh cinta,
pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
Dia selalu menjaga cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu,

Ya Rabbul Izzati, aku sedang diulit rindu,
Rindu pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.
Dia menjaga rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, aku sedang menikmati cintanya,
Namun dia selalu mengingatkan
agar kenikmatan itu jangan melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, aku sedang jatuh hati padanya,
Namun dia tidak sesekali membenarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Bersihkan lah hati dan jiwa kami,
Dari dosa, kelapaan, kelekaan, kelewaan,
Dari segala titik noda hitam, kejahatan, kejahilan, kemaksiatan
Dari apa-apa yang yang menimbulkan kemurkaanMu Ya Allah
Tsabatkanlah ikatan cinta ini atas landasan
Menuju redhoMu
Andai kami diuji dengan mehnah, tribulasi dan ujianMu
Jangan biarkan kami melatah dengan hidup
Semoga setiap ujian yang Kau titip
Akan menjadikan kami lebih ta’abud kepadaMu ya Allah
Bantulah kami membina generasi al-Quran
Generasi yang bakal melakar peradaban umat Islam
Anak-anak yang menjadi pemimpin dari kalangan orang-orang yang bertaqwa
Jangan biarkan kami sirna dengan harta dunia
Tegurlah kami Ya Allah andai kami tersasar.

Buat Encik Mior Anas Mohamed,
Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna
Sudah bertahun malamku berlalu menungguMu, Maha Pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani keangkuhan dunia
Kini kau adalah penyembuh bagi semua lukaku
Kau adalah syurga, aku yakini itu namun aku perlukan kau untuk mencari kunci bagi membuka gerbangnya
Cukuplah kau bagi ku berbanding dunia dan seluruh isinya
Tiada apa yang ku harapkan dari perhubungan ini
Melainkan kau redho dengan khidmatku
Sebagai isterimu.
Keredhoanmu adalah kunci yang membuka gerbang syurgaku
Jauh dalam relung hati ini
Aku ingin kau tahu bahawa
aku mencintaimu lebih dari apa yang kau tahu.


Dari isterimu yang selalu mendamba cintamu,
Mrs Mior @ Marini